Beberapa hari lepas, Boom Esports mengucapkan selamat tinggal kepada tiga pemain mereka Timothy “TIMS” Randrup, Rolen Andrei “skem” Gabriel Ong, dan Souliya “JaCkky” Khoomphetsavong, hari ini mereka telah memperkenalkan bala tentera yang baru bagi persediaan untuk musim Dota Pro Circuit (DPC) yang akan datang.
Pemain pertama yang dibawa masuk adalah John Anthony “Natsumi” Vargas, yang baru-baru ini membawa Polaris Esports menjuarai Asia Pacific Predator League 2022.
Seterusnya Boom Esports berjaya memperoleh khidmat Kenny “Xepher” Deo, pemain dari Indonesia, yang bermain untuk pasukan T1 sebelum pembubaran pasukan tersebut pertengahan bulan yang lalu.
Bagaimanapun, pemerolehan terbesar mereka merupakan Yap Jian “xNova” Wei dari Malaysia. xNova adalah sebahagian daripada senarai ikonik PSG.LGD yang berjaya mara ke pusingan akhir The International 2018, dan pada The International lepas, beliau bersama pasukan Royal Never Give Up.
Untuk melengkapkan pemain baru ini, Boom mengekalkan kepercayaan mereka dengan Erin Jasper “Yopaj” Ferrer dan Saieful “Fbz” Ilham. Legenda Dota 2 Asia Tenggara, Chai “Mushi” Yee Fung masih berkhidmat sebagai ketua jurulatih pasukan itu. Ketiga-tiga pemain ini adalah penting semasa saingan TI11, termasuk kemenangan terhadap juara bertahan, Team Spirit.
Beberapa hari yang lepas, pengurus Dota 2 Boom Esports Isaac dari Boom Isaac “LANE” Alfon memberi bayangan dengan perkongsian bendera kebangsaan setiap pemain di Twitter. Dengan senarai kewarganegaraan dari rantau Asia Tenggara, pasukan Dota 2 Boom kini terdiri daripada yang berikut.
- Erin Jasper “Yopaj” Ferrer
- Saieful “Fbz” Ilham
- Kenny “Xepher” Deo
- Yap Jian “xNova” Wei
- John Anthony “Natsumi” Vargas
- Chai “Mushi” Yee Fung (Jurulatih)