EVOS Phoenix adalah juara FreeFire World Series (FFWS) 2022 Bangkok yang berlangsung lewat pagi tadi. Juara FFWS dua kali itu menamatkan pusingan akhir dengan mengungguli papan carta dengan 117 mata, 54 pembunuhan dan 2 Booyah!. Pasukan dari Thailand itu memenangi kejuaraan antarabangsa pertama mereka di tempat sendiri, sebelum ini kejuaraan FFWS pertama mereka di FFWS 2021 Singapura dan tempat kedua di FFWS 2022 Sentosa. Selain gelaran juara dunia dan piala kejuaraan, EVOS Phoenix juga akan membawa pulang hadiah $500,000 USD.
Pasukan Vivo Keyd dari Brazil menamatkan hari terakhir FFWS 2022 Bangkok di tempat kedua, dengan 114 mata, 52 pembunuhan dan 1 Booyah!. Selepas hari yang sukar dalam lapan perlawanan, Vivo Keyd akan pulang ke tanah air dengan hadiah $250,000. Nigma Galaxy yang memenangi FreeFire Pro League Thailand Musim Ketujuh dan hanya mampu mendapat tempat ketiga pada dengan 97 mata, 50 pembunuhan dan 1 Booyah!. MVP kejohanan itu ialah Moshi, pemain dari EVOS Phoenix.
EVOS Pheonix dibarisi oleh Wattipong “D_Long” Ngarmrod, Piyapon “GODCRUZ” Boonchuay, Chirasak “JOENA” Moonsarn, Ratchanon “Moshi” Kunrayason, Vappiya “ALRAEDY” Butdeekum, dan Rachata “GETHIGH” Saethian.