Pembangun Apex Legends, Respawn Entertainment memuat naik satu notis yang mengatakan bahawa permainan video Apex Legends Mobile akan ditutup pada 1 Mei 2023.
Mana-mana pemain yang pernah membuat sebarang pembelian didalam permainan tersebut, sukacita dimaklumkan bahawa Electronic Arts (EA) tidak akan mengembalikan wang (refund) yang telah dilaburkan didalam permainan tersebut.
Tidak sampai setahun permainan ini diwujudkan, hanya berbaki lebih kurang 90 hari lagi waktu bagi penutupan Apex Legends Mobile.
Permainan ini terpaksa ditutup disebabkan mereka merasakan bahawa masih banyak kekurangan dan tidak dapat memberikan pengalaman bermain yang terbaik yang sepatutnya para pemain terima.