Valve mengumumkan lokasi The International 12 (TI12) 2023, acara esukan antarabangsa terbesar bagi permainan DOTA 2 – The International dan ia menandakan berakhirnya musim DOTA Pro Circuit (DPC). Ia dianjurkan oleh Valve dan mempunyai kumpulan hadiah yang besar. Semalam, Valve mengumumkan bahawa kejohanan itu akan kembali ke Amerika untuk edisi ke-12. Berikut adalah semua yang anda perlu tahu tentang pengumuman itu.
TI12 akan diadakan pada bulan Oktober di Seattle, Washington DC. Kejohanan itu akan diadakan di Climate Pledge Arena. Pasukan DOTA terbaik dunia akan layak dan bersaing untuk menjulang Aegis of Champions. The Road to the International mengandungi Peringkat kumpulan akan bermula pada hari Sabtu, 14 Oktober. Seterusnya, ia akan diikuti dengan perlawanan kalah-mati (playoff). The International 12 akan bermula pada hari Jumaat, 27 Oktober, dan akan berterusan sehingga ke Pusingan Akhir yang akan diadakan pada Ahad, 29 Oktober.
Format dan kelayakan pasukan untuk ke TI12 adalah serupa dengan yang digunakan pada tahun sebelumnya. Ia akan menjadi sistem berasaskan mata di mana pasukan memperoleh mata mengikut prestasi mereka dalam pertandingan Liga Serantau (Regionals League) dan Majors. Jumlah hadiah yang ditawarkan untuk TI12 masih belum diumumkan oleh Valve. Tetapi memandangkan sejarah pertandingan, ia pasti menawarkan jumlah yang besar.
Sehingga kini, hanya Team Liquid secara rasmi layak ke TI12. Sebanyak 12 pasukan (termasuk Team Liquid) akan layak untuk TI12 melalui mata DOTA Pro Circuit mereka. Selain itu, enam pasukan juga akan layak melalui kelayakan serantau iaitu Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah Timur, Eropah Barat, China dan Asia Tenggara.