Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Wanita hanya mampu berpuas hati dengan merangkul pingat gangsa untuk Malaysia di pentas Sukan SEA 2023 yang pertama kali pertama disertai mereka. Semalam, selepas lebih sejam perlawanan diberhentikan seketika akibat ganguan internet dilokasi perlawanan gagal meneruskan perjuangan mereka ke pusingan penentuan pingat emas dan perak. Dibenam 2-0 oleh pasukan dari Filipina, Malaysia bertemu pasukan Vietnam yang juga dikalahkan oleh pasukan Indonesia di pusingan separuh akhir.
Berikut adalah senarai pemain, jurulatih dan penganalisa untuk pasukan Mobile Legends wanita negara;
- Nur Effa Fauzana (Fafau) – Gold
- Vanessa Natasha (Bunny) – Exp
- Hanis Wahidah (Hannie) – Mid
- Sharifah Alia Husna (Aria) – Roam
- Wan Nur Adibah Humairah (Dibo) – Jungler
- Nur Afrina Syuhada (Rosemary) – Pemain Gantian
- Anatasha Norman (Anatasha) – Pemain Gantian
- Kelvin Unting (Rexvinn) – Ketua Jurulatih
- Fikir Aiman (Rain) – Pembantu Jurulatih
- Muhammad Farhan (SoraPayung) – Penganalisa
Dengan pingat gangsa ini, kotinjen esukan Malaysia menambah koleksi selepas mendapat pingat perak melalui pasukan Attack Online 2. Malang bagi pasukan Valorant, mereka gagal mengutip sebarang pingat selepas tewas kesemua perlawanan di peringkat kumpulan. Kini berbaki 3 pingat yang akan cuba dimenangi wakil dari pasukan MLBB Lelaki dan pasukan PUBG Mobile untuk acara Berkumpulan dan Individu.