Thailand, sebagai tuan rumah SEA Games ke-33, mengumumkan Free Fire (FF) sebagai game battle royale yang akan dipertandingkan. Berita ini dikongsikan oleh akaun Instagram FF Esports Malaysia hari ini.
Ini bukan kali pertama FF muncul di SEA Games – ia pernah bertanding pada 2021 di Vietnam, dan kini kembali beraksi di Thailand untuk edisi 2025. Jadi, buat pemain FF, masa untuk latihan dah tiba – SEA Games menanti!
Dengan hadirnya Free Fire, pasti makin banyak yang teruja untuk menyaksikan pertandingan hebat di Thailand nanti. Ayuh, siapkan strategi dan tunjukkan bakat pemain Malaysia di pentas Asia Tenggara!