Siri permainan WWE 2K bakal kembali ke peranti mudah alih secara eksklusif melalui Netflix pada musim luruh 2025. Permainan ini boleh diakses menerusi aplikasi Netflix tanpa iklan, caj tambahan, atau pembelian dalam permainan. Ini bukan kali pertama siri WWE hadir di peranti mudah alih. Sebelum ini, WWE Smackdown vs Raw 2010 dan WWE 2K15 telah dilancarkan untuk iOS dan Android, tetapi dengan prestasi yang terhad berbanding versi konsol.
Dengan keupayaan peranti moden, masih menjadi persoalan sama ada WWE 2K kali ini akan menyerupai versi konsol atau mengambil pendekatan berbeza. Netflix kini mempunyai lebih 120 permainan mudah alih, termasuk judul eksklusif seperti Poinpy dan Football Manager 2024 Mobile.
Nantikan perkembangan lanjut mengenai WWE 2K versi mudah alih di Arked MY, sumber utama anda untuk berita esports dan permainan mudah alih!