PUBG MOBILE Super League (PMSL) SEA Spring 2025 bakal kembali dengan lebih menarik dan penuh perubahan. Kejohanan ini akan berlangsung dari 26 Februari hingga 9 Mac 2025 di Malaysia sebagai tuan rumah, menawarkan hadiah besar bernilai USD 200,000 dan menghimpunkan 24 pasukan terbaik dari seluruh Asia Tenggara. Format liga dua minggu ini akan diadakan setiap hari Rabu hingga Ahad, dengan 16 pasukan teratas mara ke Grand Final yang berlangsung secara luar talian dari 14-16 Mac 2025.
Perubahan Slot Pasukan Partner
Salah satu perubahan ketara dalam PMSL SEA Spring 2025 adalah pengurangan jumlah slot pasukan partner untuk beberapa negara. Malaysia, yang sebelum ini mempunyai 6 pasukan partner, kini hanya mempunyai 4 slot. Namun, pasukan dari PMNC (PUBG Mobile National Championship) kini mendapat lebih banyak peluang. Malaysia, Indonesia, dan Thailand masing-masing menghantar 2 pasukan dari PMNC, manakala Vietnam hanya akan menghantar 1 pasukan. Selain itu, Thailand mendapat slot tambahan berikutan kejayaan Vampire Esports (VPE) yang menjuarai PMSL SEA Fall 2024.


Tiga pasukan partner baharu juga telah diumumkan untuk musim ini, iaitu Homebois (HB) dari Malaysia, eArena (EA) dari Thailand, dan MGN Vikings Esports (MVKE) dari Vietnam. Pasukan PMNC yang layak untuk musim ini ialah KAGENDRA (KGD) dan ENAM SEMBILAN Esports (69) dari Indonesia, MAQNA ESPORTS CLUB (MEC) dan NEW ERA (NWE) dari Malaysia, manakala TEAM FLASH (FL) dari Vietnam, akhir sekali dari Thailand adalah STRANGERS Esports (STES) dan OsjaTH (OJTH).
Format Baharu PMSL SEA 2025
PMSL SEA Spring 2025 memperkenalkan format baharu yang lebih menarik dengan kerjasama TECNO sebagai Rakan Kongsi Telefon Pintar Rasmi. 24 pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan, di mana setiap pasukan akan bertarung dengan kumpulan lain setiap hari. Hanya 16 pasukan teratas setiap minggu akan mara ke Super Weekend.


Semasa Super Weekend, pasukan akan berusaha mengumpul League Points berdasarkan kedudukan mereka. Selepas dua Super Weekends, 16 pasukan dengan mata tertinggi akan mara ke peringkat akhir. Menariknya, pada minggu kedua Super Weekend akan diperkenalkan format SMASH RULE, di mana Match Point ditentukan berdasarkan prestasi pasukan teratas pada hari pertama. Pasukan pertama yang mencapai Match Point dan memenangi WWCD (Winner Winner Chicken Dinner) pada hari Ahad akan meraih League Points maksimum.
Peluang untuk Pasukan Tempatan
Kejohanan ini turut memberi peluang kepada pasukan akar umbi (amatur) melalui PMNC. PMNC kini berfungsi sebagai kelayakan untuk PMSL SEA, dengan slot tambahan diberikan kepada pasukan yang berjaya. Sebagai contoh, VPE dari Thailand, juara PMSL SEA Fall 2024, telah melayakkan TEM Entertainment untuk musim ini. Jika pasukan baru dari PMNC memenangi PMSL SEA musim tersebut, mereka secara automatik layak ke musim seterusnya.


Bagi musim Spring 2025, juara PMSL SEA akan menerima jemputan ke PUBG Mobile Global Open (PMGO) 2025 yang akan diadakan di Uzbekistan pada 12-13 April 2025. PMGO menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak USD 500,000, menjadikannya salah satu kejohanan paling berprestij dalam kalangan pemain PUBG Mobile.
Rombakan Pemain dalam Pasukan
Tidak ketinggalan, beberapa pasukan ternama telah melakukan rombakan besar-besaran dalam barisan pemain mereka. Pasukan seperti Bigetron, Rex Regum Qeon (RRQ), dan Vampire Esports telah mengumumkan perubahan dalam skuad mereka. Rombakan ini dijangka akan membawa nafas baharu dan strategi yang lebih mantap untuk persaingan musim ini.
Sebagai contoh, Vampire Esports, yang merupakan juara musim lalu, telah membuat beberapa perubahan untuk mempertahankan gelaran mereka. Begitu juga dengan RRQ dan Bigetron, yang sentiasa menjadi antara pasukan paling digeruni dalam arena PUBG Mobile SEA.
PMSL SEA Spring 2025 menjanjikan persaingan yang lebih sengit dan menarik dengan format baharu yang memberi peluang kepada pasukan tempatan untuk bersinar. Perubahan dalam slot pasukan partner dan penambahan pasukan dari PMNC juga dijangka akan meningkatkan tahap persaingan. Jangan lepaskan aksi hebat pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara dalam PMSL SEA Spring 2025. Saksikanlah pertarungan sengit mereka untuk meraih gelaran juara dan slot ke PMGO 2025!