PUBG MOBILE kembali dengan kemas kini terbesar tahun ini melalui Versi 3.8, menawarkan pengalaman permainan yang lebih mendebarkan dengan kerjasama eksklusif Attack on Titan, peta Steampunk Frontier, dan pelbagai penambahbaikan taktikal. Kemas kini ini akan tersedia dari 7 Mei hingga 6 Julai 2025, memberikan pemain peluang untuk meneroka kandungan baharu yang penuh aksi.
Kolaborasi Eksklusif: Attack on Titan


Fans Attack on Titan pasti teruja dengan pengenalan elemen-elemen ikonik dari siri anime tersebut ke dalam PUBG MOBILE. Pemain boleh:
- Berubah menjadi Titan menggunakan Serum Titan, termasuk Serum Attack Titan yang jarang ditemui.
- Menggunakan Gear Mobiliti Omni-Directional (ODM) untuk pertempuran udara pantas menentang Titan.
- Menyaksikan kemunculan Titan Colossal di timur laut Erangel, mencipta semula adegan epik dari anime.
- Mendapatkan skin, senjata, dan ganjaran eksklusif bertemakan Attack on Titan bermula 30 Mei.
Mod Steampunk Frontier: Kereta Api Gergasi & Petualangan Baru


Peta Erangel, Livik, dan Rondo kini diperkaya dengan lokasi baharu bertemakan steampunk:
- Stesen Kereta Api Aetherholm – Pusat aktiviti dengan kereta api wap gergasi.
- Kereta Api Kargo & Ekspres – Membawa pemain meneroka peta sambil mencari peti harta karun.
- Pusat Pemeriksaan Rollercoaster – Menawarkan tunggangan seru di tengah pertempuran.
- Interaksi dengan NPC Clockwork – Dapatkan bekalan dan teka-teki untuk ganjaran istimewa.
Kemas Kini Mod Klasik & World of Wonder


- Senjata Tangan Tunggal – Boleh digunakan semasa menunggang motosikal.
- Pek Med Mudah Alih – Membantu rakan sepasukan dengan lebih pantas.
- Kenderaan Baharu – Seperti Pillar UAZ (tahan lasak) dan Bas Berperisai.
- World of Wonder – Tambahan dinosaur seperti Velociraptor dan T-Rex, serta senjata baharu seperti Pelancar Peluru Berpandu M3E1-A.
Peningkatan Mod Rumah & Sistem Lain


- Gaya Bronzework Bastion – Reka bentuk rumah steampunk eksklusif.
- Synergy Party – Ganjaran istimewa untuk bermain secara berpasukan.
- Kemas Kini Metro Royale – Kawasan kereta api usang dan mekanik pertukaran item baharu.
Acara & Ganjaran Terkini
- Ultimate Royale – Pernambahan peta iaitu Sanhok.
- Acara Perlindungan Penilaian Mod Bertema – Berlaku hingga 25 Mei.
- Kitaran 8 Musim 24 – Hadiah legenda dan peringkat baharu.
PUBG MOBILE Versi 3.8 menjanjikan pengalaman lebih dinamik dengan gabungan pertempuran sengit, penjelajahan kreatif, dan kerjasama unik. Muat turun percuma sekarang di App Store & Google Play dan sertai pertempuran!