Gamescom 2025 bakal menyaksikan kemunculan paling epik daripada Tencent Games, yang tahun ini hadir dengan barisan permainan terbesar dalam sejarah penyertaannya. Dari 20 hingga 24 Ogos di Cologne, Jerman, gergasi industri ini membawakan lebih 12 judul baharu merentasi pelbagai genre, lengkap dengan demo eksklusif, teknologi AI canggih, dan pengalaman interaktif untuk para pengunjung.
Bukan sekadar mempamerkan permainan, Tencent Games turut mengangkat isu kelestarian industri melalui pembabitan dalam gamescom congress pada 21 Ogos. Rick Li, Penerbit PUBG MOBILE, akan tampil bersama wakil dari Ubisoft, Unity Technologies dan Xbox dalam panel “Level up for impact” untuk membincangkan bagaimana konsol, enjin permainan dan judul AAA boleh mengurangkan pelepasan karbon serta menginspirasi pemain untuk bertindak demi alam sekitar.
Di devcom pula (18–19 Ogos), Tencent akan berkongsi teknologi terkini termasuk VISVISE, platform pembangunan permainan berasaskan AI. Antara inovasi yang bakal diperkenalkan termasuk GoSkinning untuk automasi character skinning dan MotionBlink bagi mempercepat proses motion capture – memudahkan pembangun membina dunia digital dengan lebih pantas dan efisien.
Barisan Permainan yang Menjadi Tumpuan di Gamescom 2025
1. Fate Trigger (Saroasis Studios)


Gabungan gaya anime dan aksi taktikal dalam format Battle Royale. Versi Closed Beta sebelum ini telah memperkenalkan watak dan mod baharu, dan di Gamescom kali ini, treler terbaru akan dilancarkan di Opening Night Live.
2. Honor of Kings: World (TiMi Studio Group)


RPG pengembaraan fantasi Timur yang dinanti-nantikan. Demo eksklusif disediakan dengan sokongan papan kekunci, tetikus, atau pengawal permainan – lengkap dengan cabaran bos dan peluang bergambar menarik.
3. Interstellar Utopia (Pixel Software)


Permainan sandbox kosmik tanpa skrin pemuatan atau had pelayan, membolehkan pemain menjelajah galaksi penuh tamadun dan cyborg.
4. PUBG MOBILE


PUBG MOBILE terus berinovasi dengan pengenalan mod permainan baharu bertema hantu yang sangat dinanti-nantikan. Hadir dalam Versi 4.0, pengalaman serba baharu ini akan menawarkan pelbagai kebolehan dan mekanik khas bertema hantu yang perlu dikuasai oleh pemain. Unfail, mod PvP Asimetri terbaharu, juga dijadualkan dilancarkan dalam Versi 4.0.
5. Rust Mobile


Adaptasi rasmi permainan survival terkenal Rust ke platform mudah alih dengan penerokaan dunia terbuka, PvP, pembinaan pangkalan, dan sistem kepercayaan/pengkhianatan antara pemain.
6. Terminull Brigade (PewPew Games)


Co-op Action-Roguelike Shooter berlatar dunia maya Nullverse yang sedang runtuh. Sudah dilancarkan pada 30 Julai lalu dan dibawa ke Gamescom dengan pengalaman hands-on yang lebih imersif.
Dengan kombinasi judul ikonik, teknologi AI yang memecah tradisi, dan komitmen terhadap kelestarian, Tencent Games jelas mahu meninggalkan impak besar di Gamescom 2025. Sama ada anda peminat RPG, Battle Royale, survival atau sandbox, booth Tencent dijangka menjadi antara lokasi paling panas di acara tahun ini.