Penggemar Magic Chess: Go Go (MCGG), bersiaplah untuk pengembaraan terbaru! MOONTON Games baru sahaja mengumumkan kemas kini besar-besaran untuk Musim 3 bertajuk Cosmic Traders, yang akan dilancarkan pada 20 Ogos ini. Musim ini menawarkan pelbagai kandungan baharu, termasuk kulit hero futuristik, sistem lelongan yang dinamik, dan kejohanan global pertama untuk para pemain.
Kulit Baharu dan Sinergi Futuristik
Musim ketiga ini memperkenalkan lima sinergi baharu: Aspirants, Metro Zero, Luminexus, Starwing, dan Shadowcell. Setiap sinergi membawa kesan unik yang boleh mengubah taktik permainan. Selain itu, pemain berpeluang mendapatkan kulit hero percuma daripada siri Hero of Aspirants dan Metro Zero yang terinspirasi gaya anime dan reka bentuk moden.


Sistem Lelongan “Go Go Auction” yang Menarik
Tahap pertama Go Go Box klasik kini digantikan dengan sistem Go Go Auction yang lebih kompetitif. Dalam Arena Lelongan, lapan item berkuasa akan dipamerkan untuk ditawar. Pemain boleh membida menggunakan emas, tetapi berhati-hati—pesaing mempunyai sehingga tiga peluang untuk mengatasi bidaan anda! Jika ingin menguasai item tersebut secara mutlak, pemain boleh menggunakan 20 Gold untuk mengklaimnya terus. Namun, ingatlah bahawa setiap pemain hanya boleh memiliki satu item sahaja setiap permainan.


Sistem Kedudukan Komander & Kejohanan Global Pertama
Musim ini juga memperkenalkan sistem ranking komander baharu, membolehkan pemain mendaki tangga kedudukan dari peringkat tempatan sehingga antarabangsa. Selain itu, MCGG akan menganjurkan kejohanan global pertamanya, memberi peluang kepada pemain untuk bersaing di peringkat dunia. Info mengenai kejohanan tersebut akan kami kongsikan kelak selepas mendapat infomasi lanjut dari pihak Moonton Games.