Dalam lipatan sejarah Melayu, kisah Puteri Gunung Ledang sentiasa segar diingatan. Puteri yang tinggal di puncak gunung itu pernah menerima lamaran daripada Sultan Melaka. Namun, bukan mudah untuk menawan hatinya — tujuh syarat mustahil diminta, dari jambatan emas hingga darah anak raja. Pesanannya jelas: cinta tidak boleh dipaksa, dan kebebasan adalah segalanya.


Kini, legenda itu dihidupkan semula dalam dunia moden melalui Honor of Kings! Bermula 28 Ogos, pemain boleh menebus skin eksklusif Lady Zhen bertemakan Puteri Gunung Ledang secara PERCUMA.
Skin ini bukan sekadar kosmetik — ia simbol kecantikan, kecerdikan, dan kebebasan sang puteri. Dengan gaya anggun penuh aura mistik, Lady Zhen kini mewakili Puteri Gunung Ledang yang turun dari gunung untuk berjuang di medan Honor of Kings.
Honor of Kings x Mimifly: Lagu Merdeka “NARA”
Bukan setakat skin, Honor of Kings juga meraikan bulan Merdeka dengan sesuatu yang istimewa. Lagu “NARA” hasil kerjasama dengan penyanyi berbakat Mimifly kini sudah dilancarkan!
Dengan vibe unik dan penuh semangat kebangsaan, “NARA” membawa rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Lagu ini memberi nafas baru kepada pengalaman bermain Honor of Kings — seolah-olah setiap pertarungan di medan adalah sambutan kebebasan itu sendiri.
Jadi, adakah anda bersedia menurunkan Puteri Gunung Ledang dari gunung ke medan pertempuran sambil diiringi alunan lagu NARA?
Honor of Kings – di mana legenda bertemu dunia moden.