MOONTON Games mengumumkan kejohanan antarabangsa pertama untuk Magic Chess: Go Go (MCGG), bakal bermula 12 September ini menerusi ciri baharu dalam permainan, MCGG Rising Stars (MRS).
MRS terbuka kepada semua pemain tanpa perlu pendaftaran dan akan berlangsung setiap hujung minggu dari 12 September hingga 19 Oktober. Ia merangkumi tujuh divisyen: Asia, EECA, Eropah, Indonesia, LATAM, Malaysia dan Filipina.


Pemain perlu menamatkan enam peringkat cabaran untuk bergelar Rising Star, dengan ganjaran berupa tajuk eksklusif serta peluang mendapatkan skin khas. Mereka yang berjaya mara akan bertanding di Division Finals untuk merebut slot ke kejohanan antarabangsa pertama MCGG.
Kejohanan antarabangsa ini bakal menjadi pentas terbesar MCGG setakat ini, memberi peluang kepada pemain dari seluruh dunia membuktikan strategi dan kebolehan mereka di papan catur digital.
Untuk maklumat lanjut, pemain boleh ikuti laman rasmi dan media sosial MCGG:
Website Rasmi | Facebook | Instagram | TikTok | YouTube | X