Musim baharu sudah tiba! Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini membawa kemas kini Project NEXT yang dinanti-nantikan oleh para pemain. Kemas kini kali ini memperkenalkan perubahan besar melalui Annual Map Change, yang menampilkan empat peta baharu – Broken Walls, Dangerous Grass, Flying Cloud, dan Expanding Rivers. Peta akan dipilih secara rawak semasa fasa pemilihan hero, menjadikan strategi drafting pasukan lebih mencabar dan memaksa pemain menyesuaikan pilihan hero mereka mengikut keadaan peta.


Hero Marksman Baharu – Obsidia
Musim 38 memperkenalkan hero Marksman terbaharu, Obsidia – Sovereign of Dark’s End. Obsidia menggunakan kuasa Bone Energy yang bertukar menjadi Bone Shards. Setiap serangan asas akan melepaskan Bone Shards ke arah musuh, menjadikan serangannya semakin sakit jika lawan terus bertahan lama di hadapannya.


Ultimatenya, Hunt of Bone, akan menambat musuh pada jarak tertentu, memaksa mereka kekal berhampiran sambil menerima serangan bertubi-tubi daripada Obsidia.
Revamp Hero Abyss – Alice, Dyrroth & Thamuz


Selain itu, tiga hero Abyss kegemaran ramai iaitu Alice, Dyrroth, dan Thamuz menerima revamp besar-besaran. Visual dan lore Abyss kini digambarkan sebagai dunia yang suram, dipenuhi struktur tajam dan kawasan berbahaya – melambangkan perjuangan untuk terus hidup. Rekaan baharu ini memberi nafas segar kepada ketiga-tiga hero agar lebih relevan dalam meta semasa.
Sistem Pencapaian & Kawalan Dipertingkat


Kemas kini ini juga memperkenalkan Achievement System baharu dengan pelbagai tahap pencapaian yang boleh dipamerkan melalui Wall of Honor – sesuai untuk pemain yang ingin menunjukkan kemahiran dan rekod perlawanan mereka.
Selain itu, kawalan permainan dipertingkatkan dengan visual “red-flash” yang lebih jelas semasa menyerang, serta efek kawalan seperti stun dan silence yang kini lebih mudah dikenali. Antaramuka tetapan kawalan turut disusun semula agar lebih mesra pengguna.


Dengan semua perubahan ini, musim baharu MLBB menjanjikan pengalaman permainan yang lebih segar, kompetitif, dan mencabar untuk semua pemain. Masa untuk masuk ke Land of Dawn dan uji strategi anda dalam peta serta meta baharu!