Bangkok akan jadi medan perang terbesar PUBG hujung tahun ni! PUBG UNITED 2025 bawakan dua kejohanan gergasi – PUBG Global Championship (PC) dan PUBG Mobile Global Championship (Mobile) – dalam satu festival esports paling padu tahun ini.
PGC 2025 bermula 28 November hingga 14 Disember. Enam hari pertama jadi Peringkat Kumpulan, 32 pasukan akan dibahagi kepada dua kumpulan. Top 5 setiap kumpulan terus ke Grand Final, tiga pasukan terbawah say bye-bye, manakala yang lain kena fight semula dalam Peringkat Akhir (5 – 7 Dis).


Lepas tu, hanya 16 pasukan terbaik akan mara ke Grand Final (12 – 14 Dis, Siam Paragon) untuk rebut gelaran Juara Dunia PGC 2025 dan sebahagian daripada USD 1.5 juta + crowdfunding.
Apa yang buat tahun ni special – PC dan Mobile bersatu di bawah PUBG UNITED. Expect vibe gila meriah: zon peminat, meet & greet influencer, Pick’em Challenge, dan content eksklusif untuk peminat setia.
Tiga minggu, 33 pasukan, satu trofi. Ini bukan sekadar tournament, ini festival esports global. Mark kalendar korang – 28 Nov – 14 Dis, Bangkok jadi saksi chicken dinner paling epik tahun ini!