Laman Esports CeNTRAL dibangunkan sebagai pusat sehenti untuk semua perkara berkaitan esukan di Malaysia — merangkumi acara, pendidikan, kerjaya, lesen, fasiliti, dan bakat tempatan.
https://esportscentral.my
Projek ini merupakan hasil usaha Muhammad “Flava” Farouq, seorang emcee/host dan juga pengulas yang telah terlibat dalam pelbagai kejohanan esukan tempatan dan antarabangsa. Beliau sebelum ini memulakan inisiatif kalendar esukan pada tahun 2018 di Google Sheet, dan kini meneruskannya dalam bentuk yang lebih menyeluruh melalui EsportsCentral.


Antara kandungan utama laman ini termasuk:
- KALENDAR: Menyediakan senarai acara esukan terkini di Malaysia, termasuk kejohanan, forum, bengkel, dan program komuniti.
- PENDIDIKAN: Mengumpulkan akademi, institusi, dan inisiatif pendidikan yang berkaitan dengan esukan.
- ANUGERAH & BAKAT: Menampilkan segala anugerah serta bakat-bakat tempatan yang aktif dalam industri esukan.
- KERJAYA: Menyediakan senarai peluang pekerjaan dalam industri esukan — sepenuh masa, sambilan, kontrak, atau berasaskan acara.
- LESEN & GARIS PANDUAN: Menyediakan rujukan rasmi tentang pelesenan acara esukan berdasarkan garis panduan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), PJS, dan ESI – Esports Integrated.
- FASILITI: Menyenaraikan kemudahan esukan berlesen di seluruh negara.
Walaupun EsportsCentral masih dalam Fasa Pertama dan akan terus dikemas kini dari semasa ke semasa, matlamat utamanya adalah untuk menyatukan usaha kerajaan dan sektor swasta dalam membina ekosistem esukan yang sihat, tersusun, dan mampan.
Bagi yang ingin disenaraikan atau bekerjasama, boleh hubungi [email protected]