FFWS Global Finals 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di Indonesia Arena, Jakarta pada 15 November apabila Buriram United Esports dari Thailand dinobatkan sebagai juara dunia Free Fire yang baharu. Pasukan yang dibarisi BRU.GETHIGH, BRU.WASSANA, BRU.JOENA, BRU.MOSHI dan BRU.THECRUZ mempamerkan prestasi konsisten sepanjang tujuh pusingan Grand Final Battle Royale untuk menewaskan 11 pasukan elit lain.


Bintang pasukan, BRU.Wassana, turut merangkul dua anugerah besar – Finals MVP (FMVP) dan Predator – selepas mencatat 22 eliminasi dan 13 bantuan, sekali gus memperkukuh dominasi Buriram United Esports di pentas dunia.


Dalam kategori Clash Squad Grand Final yang berlangsung pada 14 November, satu lagi pasukan Thailand, All Gamers Global, turut muncul juara, menandakan kejayaan berganda buat negara tersebut pada edisi FFWS tahun ini.


Acara ini turut mencipta sejarah apabila Free Fire menerima pengiktirafan GUINNESS WORLD RECORDS™ bagi “Largest Mobile Team-Based Esports Tournament”, dengan penyertaan sebanyak 618,778 pemain sepanjang musim 2025 di pelbagai wilayah termasuk Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Latin, Brazil, Timur Tengah dan Afrika.
Majlis pembukaan FFWS 2025 juga diserikan oleh persembahan artis antarabangsa dan tempatan seperti Warren Hue, Weird Genius, JKT48, dan Mick Gordon, dengan sokongan penuh kerajaan Indonesia dan organisasi esport nasional, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan negara itu sebagai pusat esports global.


Selain aksi sengit, peminat turut dikejutkan dengan pengumuman kerjasama baharu Free Fire x Jujutsu Kaisen, yang bakal hadir pada Januari 2026, menampilkan karakter ikonik seperti Yuji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki, dan Satoru Gojo bersama kostum serta efek khas eksklusif.


