PUBG MOBILE kembali dengan kolaborasi bergaya, kali ini bersama siri ikonik Peaky Blinders. Bermula sekarang hingga 5 Februari, pemain boleh menyarung identiti keluarga Shelby dengan skin Thomas, Arthur dan John Shelby, lengkap dengan gaya klasik Birmingham yang penuh karisma dan intimidasi. Turut ditawarkan ialah senjata ikonik seperti Foggy City – Thompson SMG, Topi Newsboy Razor serta beg galas bertema khas.
Kolaborasi ini turut membawa pelbagai kandungan kosmetik menarik termasuk emote baharu, Thomas Shelby Voice Pack, Misty Soul UAZ, payung terjun Peaky Blinders dan hiasan Home eksklusif. Lebih menarik, acara naratif The Shelby Trials membolehkan pemain menyelami dunia Peaky Blinders melalui pilihan cerita berbeza, diinspirasikan daripada detik ikonik siri asal, sambil mengumpul ganjaran eksklusif.
Sebagai pelengkap pengalaman, muzik pembukaan legenda Red Right Hand turut dimasukkan ke dalam acara permainan, menjadikan kolaborasi ini antara yang paling imersif pernah dibawakan ke PUBG MOBILE. Jika anda peminat Peaky Blinders, ini masa untuk membuktikan siapa sebenarnya bos di medan pertempuran.


