MPL Malaysia bakal melangkah ke era baru pada tahun 2026 melalui pengenalan Program Kerjasama (Partnership Programme). Di bawah model ini, lapan pasukan strategik termasuk organisasi tempatan dan antarabangsa akan mendapat jaminan tempat didalam liga.
Langkah MOONTON Games ini bertujuan memberikan kestabilan perniagaan jangka panjang dan membuka lebih banyak peluang komersial buat pasukan bertanding. Dengan struktur yang lebih kukuh, MPL Malaysia kini bersedia untuk menjadi pemain utama dalam ekosistem esports global, sekali gus meningkatkan kualiti persaingan MLBB di tanah air.
Sama-sama kita nantikan siapa lapan organisasi yang bakal membawa cabaran Malaysia ke tahap yang lebih tinggi pada 2026 nanti.


