Sempena Festival Musim Bunga, Festival Tanglung dan Hari Valentine, Honor of Kings memperkenalkan pelbagai skin, ganjaran dan acara khas untuk pemain.
Bermula 14 hingga 21 Februari, lima skin eksklusif bertemakan Tahun Kuda ditawarkan pada harga 1350 token, termasuk watak seperti Diaochan, Guan Yu dan Di Renjie. Kad Bertuah Tahun Kuda pula boleh didapati pada harga 590 token. Selain itu, pemain juga boleh mendapatkan latar belakang khas, Spriteling dan Yin & Yang Kongming melalui Time Vault sehingga 8 April.


Sempena Hari Valentine (14–18 Februari), skin baharu untuk Mulan, Gao Changgong dan Yao turut diperkenalkan bagi menambahkan lagi kemeriahan.
Kolaborasi Bersama My Little Pony
Honor of Kings turut menjalinkan kolaborasi khas bersama My Little Pony dari 19 Februari hingga 19 April. Pemain boleh menikmati pakaian eksklusif Flowborn serta kostum Spriteling bertemakan francais popular ini.


Acara Festival Tanglung & Kepulangan Skin Popular
Sehingga 26 Februari, pemain boleh menyertai acara dalam permainan untuk mendapatkan skin Arli secara percuma serta ganjaran Red Packet. Skin kegemaran Tahun Naga seperti Lady Sun dan Angela juga kembali dari 22 Februari hingga 23 Mac. Sambutan Ramadan dengan aktiviti dan skin eksklusif turut berlangsung dari 26 Februari hingga 10 Mac.


Sambutan Hangat di Sunway Velocity Mall
Pada 7–8 Februari lalu, Honor of Kings menganjurkan acara luar talian di Sunway Velocity Mall, menarik lebih 1,000 pengunjung. Sebanyak 1,000 pek angpau eksklusif edisi Spring Festival telah diedarkan, lengkap dengan ganjaran dalam permainan.
Acara turut dimeriahkan dengan kemunculan cosplayer, poster edisi terhad serta ganjaran mata berganda untuk pemain yang hadir.


Dengan pelbagai kandungan eksklusif dan kolaborasi menarik, pemain pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyertai sambutan istimewa ini.

