Kalau korang rasa squad dah cukup ngam dan aim memang tak pernah mengecewakan, ini masa untuk turun padang. PUBG MOBILE tampil dengan acara komuniti terbaharu mereka, Squad Showdown, yang berlangsung dari 20 Februari hingga 15 Mac di beberapa lokasi seluruh Malaysia.
Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, Kuantan, Ipoh, sehinggalah ke Kota Kinabalu, Tawau, Kuching dan Miri — squad-squad tempatan akan berentap secara offline bermula jam 10 malam hingga 1 pagi. Setiap lokasi akan memilih dua squad terbaik untuk mara ke Online Finals pada 13 hingga 15 Mac, di mana hanya yang benar-benar konsisten dan berstrategi akan menonjol.
| Tarikh | Lokasi |
| 20 Februari | Johor Bahru |
| 21 Februari | Kuala Lumpur |
| 27 Februari | Kuantan |
| 28 Februari | Ipoh |
| 6 Mac | Kota Kinabalu & Tawau |
| 7 Mac | Kuching & Miri |
Menariknya, acara ini bukan sekadar pertandingan. Setiap lokasi turut dimeriahkan dengan aktiviti komuniti, pemberian voucher F&B percuma, merchandise eksklusif dan peluang memenangi ARC Helmet edisi terhad yang memang rare. Memang rugi kalau tak singgah.


Sempena Ramadan juga, pihak penganjur mengadakan tabung derma di setiap lokasi serta menyumbang kepada masjid berdekatan — jadi sambil beraksi dalam game, komuniti pun sama-sama dapat berbakti.
Ringkasnya, Squad Showdown bukan sekadar pasal siapa paling power, tapi tentang semangat komuniti, persahabatan dan meraikan scene PUBG MOBILE Malaysia secara lebih dekat dan meriah. Kalau rasa squad dah ready, inilah masanya untuk buktikan siapa raja sebenar battleground.


