Kejohanan OPPO Hyper Legend Cup x MLBB Campus Series (MCS) kini dibuka kepada pelajar universiti dan alumni dari Indonesia, Filipina, Malaysia dan Singapura. Kejohanan ini merupakan evolusi daripada OPPO Smooth Legend Cup tahun lalu, dengan tumpuan khusus kepada pembangunan ekosistem esukan di peringkat kampus. Dianjurkan melalui kolaborasi antara OPPO dan MOONTON Games, kejohanan ini menjadi sebahagian daripada kempen Golden Month bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Inisiatif ini bertujuan menyediakan laluan kompetitif yang lebih tersusun kepada bakat muda untuk bersaing di peringkat nasional dan seterusnya ke peringkat serantau.


Kejohanan ini terbuka kepada pelajar universiti berumur 18 tahun ke atas serta alumni yang menamatkan pengajian dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Format pertandingan merangkumi tiga peringkat utama:


- National Qualifiers
- National Finals
- Cross-National Finals
Pendaftaran dibuka bermula hari ini. National Qualifiers akan berlangsung pada minggu pertama hingga kedua bulan Mac, diikuti National Finals pada minggu kedua hingga ketiga Mac. Kemuncak kejohanan iaitu Cross-National Finals akan diadakan dari 16 hingga 19 April 2026 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada pembangunan ekosistem esukan kampus, kejohanan ini turut bekerjasama dengan program MOONTON Student Leader Championship (MSLC) di Malaysia, di mana juara MSL Musim 6 akan layak secara automatik ke peringkat Cross-National Finals bagi mewakili negara di pentas serantau.


Melalui platform ini, pelajar dan graduan muda berpeluang mempamerkan bakat, membawa nama universiti masing-masing, serta membina pengalaman kompetitif dalam arena MLBB di peringkat Asia Tenggara.


