Selepas sambutan Tahun Baru Cina, Honor of Kings kembali dengan kejutan istimewa buat para pemainnya. Sebuah Skin hero baharu bertemakan lagenda Nusantara, “Nyi Roro Kidul” untuk hero Haya, bakal dilancarkan sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia.
Bermula 26 Februari hingga 10 Mac ini, pemain boleh menyertai misi harian dengan kekal aktif untuk mendapatkan token undian Tahap 1 dan Tahap 2. Token ini memberi peluang kepada pemain untuk membuka Skin eksklusif “Nyi Roro Kidul”, barangan dalam permainan istimewa, dan hadiah utama yang menarik, termasuk telefon bimbit baharu!
Selain itu, pemain juga boleh membeli baucar token bersama rakan sepasukan untuk menambahkan nilai hadiah dan meraih ganjaran secara kolektif, antaranya termasuklah item eksklusif seperti Menki – Beckoning Riches dan bingkai profil istimewa.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Siapa tahu, anda mungkin antara pemain bertuah yang membawa pulang telefon bimbit baharu atau Skin hero eksklusif ini. Muat turun Honor of Kings sekarang, ajak rakan sepasukan anda, dan raikan Ramadan dengan lebih meriah!


