Kemas kini PUBG 41.2 dan PUBG Mobile 4.4 bakal membawa pengalaman lebih bergaya dan penuh adrenalin menerusi kolaborasi rasmi bersama jenama motosikal legenda, Harley-Davidson. Kerjasama antara Krafton, Tencent dan Harley-Davidson ini memperkenalkan model ikonik Harley-Davidson CVO™ Road Glide® ST ke dalam dunia battle royale popular tersebut.
Motosikal premium itu terkenal dengan reka bentuk agresif, enjin V-Twin yang garang serta bunyi ekzos yang cukup ikonik di dunia sebenar. Dalam PUBG Mobile pula, pemain bakal menikmati pengalaman menunggang yang lebih autentik sambil merentas map seperti Erangel dan Miramar untuk meloloskan diri daripada zon biru.
Bukan sekadar kenderaan biasa, CVO™ Road Glide® ST dijangka menjadi simbol status baharu dalam permainan. Dengan gaya “bagger” yang mewah dan aura biker klasik Amerika, ia pasti menjadi antara item paling diidamkan oleh pemain apabila update 41.2 atau 4.4 dilancarkan nanti.
Kolaborasi ini sekali lagi membuktikan PUBG & PUBG Mobile terus komited menghadirkan crossover unik bagi memastikan pengalaman permainan sentiasa segar, lebih imersif dan penuh gaya.


