Berita baik buat semua artis, ilustrator dan pereka digital! MOONTON Games secara rasmi telah melancarkan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Global Skin Design Contest 2026. Pertandingan ini membuka peluang keemasan kepada pencipta kandungan kreatif dari seluruh dunia untuk menonjolkan bakat mereka dengan menghasilkan reka bentuk skin wira (hero skin) asli.
Bertemakan “Era of Awakening: The Clash of Two Destinies”, kontes tahun ini menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD 49,000 (sekitar RM 215,000+). Lebih menarik lagi, peserta yang berjaya menarik perhatian juri dengan reka bentuk yang menepati hala tuju visual MLBB berpeluang ditawarkan pekerjaan secara jarak jauh (remote employment) bersama pasukan kreatif global MOONTON Games.


Pertandingan berprestij ini akan dinilai oleh panel juri antarabangsa yang hebat, termasuk Ma Hui (Pereka Konsep Kanan MLBB), Wenjun Lin (Ketua Artis MLBB), Adrian Smith (pereka konsep terkenal untuk Warhammer 40,000), dan Ben Zhang (Prinsipal Pereka Konsep Overwatch).
Komitmen MOONTON Games dalam memperkasakan elemen kreatif digital ini terbukti selepas studio muzik dalaman mereka, Moontunes Studios, baru-baru ini merangkul dua anugerah “Grand Winner” di 2026 NYX Game Awards bagi kategori Muzik dan Reka Bentuk Audio Permainan Mudah Alih Terbaik.
Bagi anda yang berminat untuk menonjolkan bakat dan melihat karya sendiri dimainkan oleh jutaan pemain di seluruh dunia, tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Jun 2026. Jangan lepaskan peluang ini!


