Siri anime bola sepak popular, BLUE LOCK, kini secara rasmi membawakan dunia persaingan sengitnya ke dalam permainan PUBG MOBILE. Melalui kolaborasi masa terhad yang berlangsung dari sekarang hingga 30 Jun 2026, para pemain berpeluang memiliki pelbagai kandungan eksklusif yang diispirasikan daripada semangat juang tinggi anime tersebut.
Kolaborasi ini memperkenalkan set karakter khas berdasarkan empat watak utama kegemaran ramai iaitu Isagi Yoichi, Bachira Meguru, Nagi Seishiro, dan Itoshi Rin. Selain itu, pemain juga boleh bergaya di medan tempur dengan pakaian unik seperti Training Outfit Set serta kenderaan bertema Crimson Lightning Glider dan Dacia.
Bukan itu sahaja, pelbagai skin senjata dan aksesori ikonik turut ditawarkan, termasuklah parang “Chain Handcuffs”, Vector “Decisive Moment”, kuali “Omelet Rice”, serta beg galas dan helmet khas. Berteraskan tema ‘ego’ dan impian menjadi penyerang terbaik, kolaborasi ini mencabar korang untuk mempercayai naluri sendiri dan menguasai perlawanan!


