Garena Free Fire kini kembali menggegarkan komuniti penembak mudah alih global dengan pelancaran sambutan ulang tahun ke-9 mereka yang bermula dari 24 Jun hingga 26 Julai 2026. Membawa tema “Fighting in Unison, Partying as One,” perayaan kali ini memfokuskan kepada keakraban persahabatan dan kerja berpasukan melalui kemas kini terbesar dalam sejarah permainan ini.


Rombakan Lobi Utama Jadi Hab Sosial 3D Interaktif
Tarikan paling utama kali ini adalah pengenalan Lobi Parti 3D yang interaktif sepenuhnya bagi menggantikan lobi klasik sebelum ini. Diinspirasikan daripada Stadium Ulang Tahun ke-9, ruang sosial baharu ini membolehkan korang melepak dan berseronok dengan rakan sepasukan melalui pelbagai aktiviti menarik seperti lantai tarian berserta ciri Group Dance Captain, peluncur, papan jongkit, permainan Saddle Brawl, hinggalah kepada kesan melucukan seperti perubahan saiz karakter. Bagi kaki game, korang juga boleh menguji kehebatan dalam Arena Showdown yang turut menampilkan sistem ramalan perlawanan secara langsung.
Gaya Permainan Lebih Bebas & Fleksibel
Bukan setakat tempat melepak, Free Fire turut memperkenalkan dua sistem inovatif baharu merentasi mod Battle Royale (BR) dan Clash Squad (CS) untuk korang sesuaikan mengikut gaya pertempuran sendiri:


- Sistem Skill Boost: Membuka laluan untuk menaik taraf kemahiran bagi 8 karakter popular termasuk Alok, Chrono, Homer, Kassie, Koda, Oscar, Skyler, dan Wukong.
- Mekanisme Weapon Awakening: Pemain kini boleh menggunakan Weapon Awakeners untuk menaik taraf prestasi dan fungsi taktikal mana-mana senjata di dalam permainan.
Mekanik Hidup Semula Rakan & Kejutan Peta Baharu
Dalam mod Battle Royale, kerjasama pasukan kini lebih dihargai dengan adanya mekanik penghidupan semula rakan sepasukan yang membolehkan korang membawa balik sekutu yang telah tersingkir ke medan perang. Selain itu, terdapat Anniversary Quests di mana korang boleh bekerjasama menembak Anniversary Fragments, mengumpul syiling, dan menempa semula pedang besar untuk membuka buff pasukan serta diskaun mesin layan diri. Jangan lupa juga singgah ke kawasan 9th Anniversary Party Venue yang penuh dengan dekorasi nostalgia serta cuba interaksi Fist Bump comel selepas tamat pertempuran!
Bukan itu sahaja, peta popular ciptaan komuniti di Craftland seperti Free Garden dan Steal A Pet turut menerima wajah baharu bertemakan ulang tahun bersama ganjaran kedai aktiviti yang menarik.
Lambakan Hadiah Eksklusif & Lagu Tema Khas


Sebut pasal hadiah, Free Fire tidak kedekut kali ini. Dengan melengkapkan misi acara, korang boleh menyambar ganjaran hebat seperti Beg Galas khas rekaan komuniti, set pakaian Flowing Fracture Bundle yang menampilkan rekaan bahu berpecah yang unik, kulit senjata PARAFAL, Katana, dan banyak lagi. Malah, set pakaian premium dengan kesan VFX dinamik dan senjata AUG EVO Gun baharu turut tersedia buat korang yang mahukan gaya lebih premium.
Bagi melengkapkan kemeriahan, Free Fire juga meluncurkan lagu tema rasmi terbaharu bertajuk “Made for the Fire” di Spotify bermula 24 Jun. Lagu ini didedikasikan khas untuk meraikan kecekalan, pertumbuhan, dan semangat membara para pemain sepanjang perjalanan mereka bersama Free Fire. Jadi, apa tunggu lagi? Jumpa korang di Lobi Parti!


