Pihak EA mengumumkan peringkat kemuncak bagi Apex Legends Global Series Year 2 Championship dijalankan secara offline di PNC Arena yang terletak di Raleigh, North Carolina, Amerika Syarikat.
Acara yang dijalankan selama 4 hari ini bermula 7 hingga 10 Julai ini disertai oleh 40 pasukan seluruh dunia dengan 3 peringkat; Peringkat Kumpulan, Peringkat Kalah-Mati dan Peringkat Akhir. Sebanyak 2 Juta Amerika Dolar dipertaruhkan untuk acara ini dimana juara akan membawa pulang hadiah wang sebanyak 500 Ribu Amerika Dolar.


Mereka juga mengumumkan dimana tiket bagi acara tersebut sudah boleh dibeli bermula 15 Amerika Dolar hingga ke 50 Amerika Dolar.