Author: Piratz
MOONTON Games, pencipta Mobile Legends: Bang Bang, telah menjalin kerjasama selama dua tahun dengan jenama barang kemas dan jam tangan Gen-Z, Fairrie. Fairrie bakal menyokong kejohanan Siri M MLBB sebagai Partner in Esports untuk Kejohanan Dunia M6 hingga Kejohanan Dunia M7. Usahasama ini memperkenalkan gabungan unik fesyen dan permainan, dengan koleksi barang kemas eksklusif yang diilhamkan oleh dunia MLBB. Siri M, kejohanan MLBB yang berprestij, telah menarik perhatian global, dengan Kejohanan M5 tahun lepas mencatat 5.06 juta Peak Concurrent Viewers (PCV) mengikut Esports Charts. Kerjasama ini akan meraikan juara esports MLBB dengan anugerah eksklusif buat pertama kali dalam sejarah Siri…
Black Shrew Esports (BSE) menjuarai Honor of Kings Championship 2024 di Jakarta selepas menewaskan Dominator Esports (DMT) dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Lippo Mall Kemang. Kemenangan ini bukan sahaja membawa pulang $300,000 USD daripada jumlah hadiah $1 juta, tetapi BSE juga diiktiraf sebagai pasukan Honor of Kings terbaik di dunia! Pertembungan grand final ini adalah kemuncak kepada pertandingan selama sebulan, yang mana menyaksikan 16 pasukan Honor of Kings terbaik di dunia bertarung untuk merangkul gelaran kejohanan dalam siri Honor of Kings Invitational tahun ini. Para peminat menyaksikan aksi penuh intensiti apabila setiap pasukan mempersembahkan strategi dan kerjasama terbaik mereka…
Pada kemuncak Honor of Kings Championship 2024 di Jakarta, Indonesia, Tencent mengumumkan rancangan dan hala tuju untuk esukan bagi permainan Honor of Kings pada tahun 2025. Di hadapan ribuan peminat yang menyaksikan perlawanan sengit antara Black Shrew Esports dan Dominator Esports, James Yang, Pengarah Kanan di Global Esports Center Level Infinite, membentangkan rancangan dan hala tuju yang menekankan pelbagai inisiatif baru, termasuk kejohanan global, sistem liga profesional baharu, dan kolaborasi unik dengan komuniti pemain. Berikut adalah beberapa perkara utama untuk tahun 2025 yang dijanjikan akan membawa pengalaman Honor of Kings ke tahap seterusnya! Honor of Kings Invitational Season 3 Honor…
Pembangun TiMi Studio Group dan penerbit Level Infinite kini membawa kolaborasi epik ke dalam permainan mudah alih Honor of Kings! Kali ini, watak-watak dari anime popular Jujutsu Kaisen akan menyertai arena Honor of Kings mulai 1 November. Acara ini akan berlangsung selama beberapa minggu, jadi bersiaplah untuk memasuki dunia roh bersama watak kegemaran anda dari siri anime Shōnen ini. Butiran Kerjasama Jujutsu Kaisen x Honor of Kings Kolaborasi ini bakal menampilkan skin khas yang sangat terperinci untuk Yuji Itadori dan Satoru Gojo, serta skin eksklusif bertema Jujutsu High untuk Garo. Pemain juga boleh menikmati suasana permainan yang serba baharu termasuk…
Dengan ulang tahun pertama pelancaran Spider-Man 2 di PS5 yang semakin hampir, pembangun permainan ini; Insomniac ada berita menarik iaitu sekuel superhero yang popular ini akan hadir di PC pada 30 Januari tahun depan! Walaupun Insomniac belum bersedia untuk berkongsi butiran spesifik mengenai platform tersebut, mereka telah mengesahkan bahawa versi PC akan merangkumi permainan asas penuh, bersama semua kandungan percuma yang telah dikeluarkan selepas pelancaran. Ini bermakna pemain PC boleh menantikan: Kali ini, Spider-Man 2 menampilkan dua protagonis, Peter Parker dan Miles Morales, dalam pengembaraan mereka melawan ancaman baru, dan ia akan tersedia dalam dua edisi di PC. Standard Edition…
Penantian berakhir! Arcane Musim Kedua akan dilancarkan pada 9 November 2024, hanya di Netflix. Siri animasi yang memukau ini kembali dengan lebih banyak aksi dan drama mendalam dari dunia Runeterra. Peminat League of Legends kini boleh menyaksikan perkembangan selanjutnya bagi watak-watak ikonik seperti Vi dan Jinx. Sebagai sebahagian daripada sambutan pelancaran Arcane Musim Kedua, Ambessa Medarda akan menjadi watak baru yang boleh dimainkan dalam beberapa permainan Riot Games, termasuk League of Legends, Teamfight Tactics, Wild Rift, dan Legends of Runeterra. Ini akan memperluaskan lagi dunia permainan dan memberi pemain lebih banyak pilihan strategi dan aksi. Di League of Legends, pemain…
8-Bit Adventures 2, permainan RPG berinspirasikan retro oleh Critical Games, kini tersedia di Nintendo Switch, PlayStation®5 (PS5™), PlayStation®4 (PS4™), Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC melalui Steam dan GOG. Menggabungkan elemen 8-bit klasik dengan mekanik permainan moden, permainan ini menawarkan sistem pertarungan berasaskan giliran di mana pemain boleh mengawal tiga ahli parti aktif dan menukar mereka dengan watak barisan belakang mengikut keperluan. Setiap watak memiliki kebolehan tersendiri, menjadikan strategi dan susunan pasukan penting untuk kejayaan dalam pertarungan. Peminat RPG klasik pasti akan menghargai gaya permainan ini yang sarat dengan nostalgia melalui seni piksel dan penceritaan yang memikat. Versi konsol…
PUBG MOBILE Global Championship (PMGC) 2024 bakal membuka tirainya pada 31 Oktober, dengan 48 pasukan dari seluruh dunia bersaing untuk merebut bahagian daripada jumlah hadiah $3,000,000. Kejohanan ini akan berlangsung dalam beberapa peringkat, bermula dengan League Stage di Kuala Lumpur, Malaysia sebelum menuju ke Grand Finals di London pada 6 hingga 8 Disember. Peringkat Liga: 31 Oktober – 24 November 2024 Peringkat Liga akan dibahagikan kepada tiga segmen: Peringkat Kumpulan dan Peringkat Survival, diikuti dengan Peringkat Last Chance. Format Peringkat Kumpulan adalah seperti berikut: Grand Finals: 6 – 8 Disember 2024 Grand Finals PMGC akan menampilkan 16 pasukan, termasuk: Pasukan…
EA baru-baru ini mengumumkan bahawa Plants Vs Zombies 3 (PVZ 3) telah ditarik semula dari App Store dan Google Play sekali lagi. Tetapi jangan bimbang! Menurut kenyataan dari pihak pembangun, permainan ini tidak ditamatkan sepenuhnya. Sebaliknya, ia ditarik buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada pasukan pembangun memperbaharui pelbagai mekanik dalam permainan. Mulai hari ini, PVZ 3 tidak lagi boleh dimuat turun dari kedai aplikasi, dan bagi pemain yang masih mempunyai akses, pembelian dalam aplikasi (in-app purchase) juga sudah tidak dibenarkan. Lebih penting lagi, pada 15 November 2024, pelayan permainan akan ditutup sepenuhnya, bermakna akses kepada permainan akan dihentikan walaupun…
Garena Free Fire, salah satu permainan battle royale mudah alih, kini menjalin kerjasama yang menarik dengan Organisasi Taman Zoologi Thailand di bawah Naungan Diraja. Kerjasama ini memperkenalkan “Moo Deng”, seekor badak air kerdil (pygmy hippopotamus) berusia tiga bulan dari Zoo Terbuka Khao Kheow, Chonburi. Free Fire menjadi permainan pertama yang bekerjasama dengan Moo Deng, membuka rangkaian kandungan dan koleksi eksklusif dalam permainan untuk meraikan kerjasama ini. Para peminat permainan ini boleh menantikan pelancaran barangan bertema “Moo Deng” yang dijangka tiba dalam permainan pada November 2024. “Moo Deng”: Bintang Internet yang Comel Moo Deng, seekor anak badak air kerdil, telah memikat…