Author: Piratz

PUBG Mobile Esports telah mengumumkan bahawa siri kedua PUBG Mobile Regional Clash (PMRC) akan bermula 29 Jun ini. Kejohanan itu, yang menetapkan pasukan terbaik dari seluruh dunia menentang satu sama lain dalam format pertarungan rantau akan bermula pada 29 Jun dengan pertempuran pertama Asia Tenggara (SEA) vs Asia Selatan (SA). Tahun ini akan menampilkan empat pertembungan serantau, dengan 16 pasukan bersaing dalam setiap kejohanan, dengan merebut gelaran juara. Dengan empat kejohanan berlangsung dari Jun hingga Oktober 2023, pasukan akan berlatih dan menyusun strategi untuk membuktikan diri mereka kuat dan hebat menentang persaing dari rantau lain. Masih mengikut format biasa, mata…

Read More

Project NEXT untuk Mobile Legends Bang Bang 2023 hampir tiba, ianya adalah kemas kini yang bertujuan untuk peningkatan dan membawakan perbezaan termasuk pada pengubahsuaian paparan utama, sistem lambang (emblem), dan pelbagai lagi penambahbaikkan dan pengoptimuman yang lain. Ia dijadualkan dilancarkan pada 27 Jun ini. Sehubungan dengan acara besar ini, beberapa perkara dan acara dijadualkan dilancarkan bersama-sama kemas kini ini. Old Emblem Honor GiftDari 27 Jun hingga 31 Julai 2023, pemain yang log masuk ke permainan semasa tempoh acara secara automatik akan dapat menuntut Battle Emote percuma, “The Great Harper” sebagai hadiah peringatan yang berfungsi sebagai peringatan saat akhir untuk pemain…

Read More

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020-2025 (“Pelan Strategik Sukan Elektronik”) pada tahun 2020 yang menggariskan lima strategi dengan objektif utama untuk merangsang dan menggalakkan pembangunan industri sukan elektronik yang semakin pesat di Malaysia. Strategi-strategi yang dibangunkan dalam pelan strategik tersebut adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]. Selaras dengan inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Strategik Sukan Elektronik tersebut, Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) bagi memperincikan tindakan-tindakan yang menyokong pelaksanaan strategi-strategi yang…

Read More

PUBG Mobile Super League (PMSL), sebuah kejohanan kemuncak bagi semua pasukan PUBG Mobile dia wilayah Asia Tenggara. Seperti yang kita tahu, PMSL memperkenalkan format baharu dimana ianya disertai 15 pasukan rakan kongsi dan 5 pasukan yang dijemput dari liga PUBG Mobile Professional League (PMPL). Musim ini, 6 pasukan teratas dari PMSL akan dijemput ke PUBG Mobile Global Championship yang dijangka akan dilangsungkan di Turkiye. Sebentar tadi, pihak PUBG Mobile telah mengumumkan dimana Malaysia masih dipilih sebagai lokasi dimana liga ini akan dilangsungkan. Kali ini, pusingan akhir dilangsungkan dengan penonton. Melalui pengumuman tersebut, peringkat akhir akan dilangsungkan selama 3 hari dari…

Read More

Level Infinite berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Dragon Nest 2: Evolution kini dibuka untuk pra-pendaftaran global, ini akan membuka jalan kepada pemain baharu untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan fantasi epik yang telah dialami oleh lebih 300 juta pemain setakat ini. Sebagai entri terbaharu dalam siri ini, pemain boleh menjangkakan penambahbaikan dan peningkatan serba baharu pada pengalaman Dragon Nest tidak seperti sebelum ini. Pengembaraan dalam Dragon Nest 2: Evolution juga akan membawa pemain ke tanah Altea, tempat tamadun dan alam semula jadi berkembang maju, dengan peralihan yang lancar apabila keluar dari bandar ke alam liar. Keempat-empat kelas akan menyediakan pemain dengan…

Read More

Ubisoft dan Level Infinite mengumumkan perkongsian pengedaran untuk membawa permainan Tom Clancy’s The Division Resurgence kepada pemain mudah alih di Filipina, Thailand, Singapura, Malaysia, Kemboja dan Indonesia. The Division Resurgence ialah permainan mudah alih RPG penembak orang ketiga (third-person shooter) percuma dan akan datang daripada francais Tom Clancy The Division. Siri seterusnya menampilkan jalan cerita baharu, pengkhususan berbeza dan puak musuh yang mencabar. Dengan grafik yang menakjubkan, ia memberikan pengalaman permainan AAA yang mengasyikkan kepada pemain mudah alih. Permainan ini akan tersedia untuk peranti iOS dan Android. Maklumat Pra-Pendaftaran Mereka akan memulakan pra-pendaftaran tempatan tidak lama lagi di Filipina, Thailand,…

Read More

Bersempena dengan tayangan perdana Polis Evo 3 yang dinanti-nantikan, PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia, membawakan kepada peminat dan pemain pek suara eksklusif Polis Evo dan barangan dalam permainan dengan pelancaran acara Operasi Evonya hari ini. Dari 27 Mei hingga 4 Jun 2023, pemain dapat mengambil bahagian dalam Acara Operasi Evo yang berlangsung dalam permainan dan menebus pek suara Polis Evo 3 rasmi Inspektor Khai & Inspektor Sani. Selain itu, “AYUH” OST rasmi untuk Polis Evo 3 akan tersedia sebagai Muzik Lobi Permainan PUBG MOBILE. Ganjaran lain termasuk Bingkai Profil, Gambar Profil dan Semburan Graffiti…

Read More

Hari ini, Level Infinite – syarikat permainan mudah-alih yang menerbitkan PUBG Mobile, dan LightSpeed Studios, salah satu pembangun permainan mudah-alih di dunia, mengumumkan bahawa RPG survival dunia terbuka Undawn akan dikeluarkan secara global pada 15 Jun 2023. Pemain yang membuat pra-pendaftaran akan mendapat akses kepada ganjaran istimewa dalam permainan apabila permainan dilancarkan secara umum kelak. Undawn adalah permainan pasca apokaliptik, dimana mangsa yang terselamat telah berpecah kepada puak yang berbeza dengan peraturan hidup mereka sendiri. Sebagai ahli Skuad Raven yang bertingkat, pemain akan berhadapan dengan ahli Clowns, Eagles, Night Owls, and Reivers untuk wilayah jajahan, dan perlu melalui beberapa malam…

Read More

Jika dahulu, esukan sentiasa menduduki ruangan yang unik antara sukan tradisional dan alam hobi. Ini kebanyakannya disebabkan oleh salah tanggapan oleh orang ramai yang gagal melihat esukan mampu mencapai sesuatu di luar sifatnya dan bukan sekadar sebuah permainan. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, esukan telah berkembang menjadi industri yang mampu bertahan, disokong dan dilaksanakan dengan baik yang menyaksikan pertandingan atau kejohanan yang mempunyai pulangan tinggi dianjurkan, tahun demi tahun, melebihi semua jangkaan yang ditetapkan sebelum ini. Dengan menampilkan Esports sebagai acara pingat rasmi di Sukan Asia 2022, ianya juga diharapkan berjaya menangani salah tanggapan yang biasanya dikaitkan dengan esukan.…

Read More

Krafton telah mengesahkan Battlegrounds Mobile India (BGMI) akan kembali ke India. Permainan itu telah diharamkan semula pada Julai 2022 kerana kebimbangan privasi data dan akhirnya, 10 bulan kemudian ianya akan kembali. Walaupun permainan itu diharamkan tahun lepas, ia hanya dikeluarkan dari Google Play Store dan Apple Store. BGMI masih tersedia untuk dimainkan kerana pelayan tidak disekat tetapi ianya tidak menerima apa-apa kemas kini tambahan. Pada masa ini, BGMI masih belum tersedia di Play Store atau Apple Store. Kerajaan India telah memberikan BGMI “tempoh percubaan” selama tiga bulan selepas Krafton menangani kebimbangan kerajaan India mengenai keselamatan data dan lokasi pelayannya. Pelayan…

Read More