Author: Piratz
Kejohanan berprestij, Pokémon UNITE Asia Champions League 2025 (PUACL2025) telah diumumkan dan bersedia untuk menghimpunkan pasukan elit dari seluruh Asia dalam pertempuran epik untuk merebut gelaran juara Asia! Dua pertandingan utama bakal menentukan pasukan yang akan mewakili Asia Tenggara di PUACL2025 FINALS. Pertama, PUACL2025 SEA League, yang akan bermula pada 16 November 2024, mempertemukan sepuluh pasukan jemputan khas. Kedua, Winter Tournament yang terbuka kepada semua pasukan pada awal tahun 2025, memberi peluang kepada pasukan lain untuk layak ke FINALS. PUACL2025 SEA League dijangka menjadi medan pertempuran sengit, menampilkan sepuluh pasukan profesional utama dari Asia Tenggara dalam format liga yang penuh…
Bandai Namco Perkenalkan DEATH NOTE Killer Within – Permainan Ala Among Us Berdasarkan Anime Popular
Bandai Namco Entertainment Europe mengumumkan DEATH NOTE Killer Within, permainan deduksi sosial (online social deduction game) pertama yang diadaptasi daripada anime terkenal DEATH NOTE. Permainan ini akan dilancarkan pada 5 November 2024 untuk PC melalui STEAM, PlayStation 4, dan PlayStation 5, tersedia secara percuma untuk ahli PlayStation Plus atau boleh dibeli secara berasingan. Dalam DEATH NOTE Killer Within, hingga 10 pemain akan berhadapan dalam dua pasukan untuk menentukan hidup atau mati. Pasukan pemain perlu menyiasat identiti lawan: sama ada untuk menghapuskan L atau merampas Death Note daripada Kira. Kira dan L menyembunyikan identiti masing-masing sambil bersaing untuk menguasai permainan. Pemain…
Sukan SEA ke-33 di Thailand bakal menyaksikan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sebagai acara esukan utama, lengkap dengan pertandingan medal untuk kategori lelaki dan wanita. Ini menandakan kali keempat berturut-turut MLBB menjadi sukan berpingat di Sukan SEA dan mengukuhkan lagi popularitinya di Asia Tenggara. Bertempat di Bangkok Metropolitan Region, Chonburi, dan Songkhla, acara ini akan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025, dengan penyertaan atlet dari 11 negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, dan Filipina. Pada Sukan SEA sebelum ini di Kemboja, MLBB mencatat rekod tontonan luar biasa. Menurut Esports Charts, kategori lelaki mencatat 1,462,871 tontonan serentak tertinggi, manakala kategori…
Tahniah buat Black Shrew Esport (BSE)! Mereka berjaya meraih kemenangan pertama di kejohanan antarabangsa dan membawa pulang sebahagian besar daripada hadiah wang USD 1,000,000. MusangKing juga dinobatkan sebagai MVP Final – pencapaian yang sangat hebat! Untuk meraikan kemenangan ini, pemain yang berada di Malaysia boleh menuntut ganjaran eksklusif dengan hanya log masuk ke dalam Honor of Kings dari sekarang hingga 11 November. Anda boleh tebus ganjaran-ganjaran berikut di peti masuk dalam permainan anda: Kad percubaan 7-hari untuk lima hero dan skin terpilih: Jangan lepaskan peluang untuk rasai pengalaman epik ini, dan sekali lagi tahniah buat Black Shrew Esport!
MOONTON Games, pencipta Mobile Legends: Bang Bang, telah menjalin kerjasama selama dua tahun dengan jenama barang kemas dan jam tangan Gen-Z, Fairrie. Fairrie bakal menyokong kejohanan Siri M MLBB sebagai Partner in Esports untuk Kejohanan Dunia M6 hingga Kejohanan Dunia M7. Usahasama ini memperkenalkan gabungan unik fesyen dan permainan, dengan koleksi barang kemas eksklusif yang diilhamkan oleh dunia MLBB. Siri M, kejohanan MLBB yang berprestij, telah menarik perhatian global, dengan Kejohanan M5 tahun lepas mencatat 5.06 juta Peak Concurrent Viewers (PCV) mengikut Esports Charts. Kerjasama ini akan meraikan juara esports MLBB dengan anugerah eksklusif buat pertama kali dalam sejarah Siri…
Black Shrew Esports (BSE) menjuarai Honor of Kings Championship 2024 di Jakarta selepas menewaskan Dominator Esports (DMT) dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Lippo Mall Kemang. Kemenangan ini bukan sahaja membawa pulang $300,000 USD daripada jumlah hadiah $1 juta, tetapi BSE juga diiktiraf sebagai pasukan Honor of Kings terbaik di dunia! Pertembungan grand final ini adalah kemuncak kepada pertandingan selama sebulan, yang mana menyaksikan 16 pasukan Honor of Kings terbaik di dunia bertarung untuk merangkul gelaran kejohanan dalam siri Honor of Kings Invitational tahun ini. Para peminat menyaksikan aksi penuh intensiti apabila setiap pasukan mempersembahkan strategi dan kerjasama terbaik mereka…
Pada kemuncak Honor of Kings Championship 2024 di Jakarta, Indonesia, Tencent mengumumkan rancangan dan hala tuju untuk esukan bagi permainan Honor of Kings pada tahun 2025. Di hadapan ribuan peminat yang menyaksikan perlawanan sengit antara Black Shrew Esports dan Dominator Esports, James Yang, Pengarah Kanan di Global Esports Center Level Infinite, membentangkan rancangan dan hala tuju yang menekankan pelbagai inisiatif baru, termasuk kejohanan global, sistem liga profesional baharu, dan kolaborasi unik dengan komuniti pemain. Berikut adalah beberapa perkara utama untuk tahun 2025 yang dijanjikan akan membawa pengalaman Honor of Kings ke tahap seterusnya! Honor of Kings Invitational Season 3 Honor…
Pembangun TiMi Studio Group dan penerbit Level Infinite kini membawa kolaborasi epik ke dalam permainan mudah alih Honor of Kings! Kali ini, watak-watak dari anime popular Jujutsu Kaisen akan menyertai arena Honor of Kings mulai 1 November. Acara ini akan berlangsung selama beberapa minggu, jadi bersiaplah untuk memasuki dunia roh bersama watak kegemaran anda dari siri anime Shōnen ini. Butiran Kerjasama Jujutsu Kaisen x Honor of Kings Kolaborasi ini bakal menampilkan skin khas yang sangat terperinci untuk Yuji Itadori dan Satoru Gojo, serta skin eksklusif bertema Jujutsu High untuk Garo. Pemain juga boleh menikmati suasana permainan yang serba baharu termasuk…
Dengan ulang tahun pertama pelancaran Spider-Man 2 di PS5 yang semakin hampir, pembangun permainan ini; Insomniac ada berita menarik iaitu sekuel superhero yang popular ini akan hadir di PC pada 30 Januari tahun depan! Walaupun Insomniac belum bersedia untuk berkongsi butiran spesifik mengenai platform tersebut, mereka telah mengesahkan bahawa versi PC akan merangkumi permainan asas penuh, bersama semua kandungan percuma yang telah dikeluarkan selepas pelancaran. Ini bermakna pemain PC boleh menantikan: Kali ini, Spider-Man 2 menampilkan dua protagonis, Peter Parker dan Miles Morales, dalam pengembaraan mereka melawan ancaman baru, dan ia akan tersedia dalam dua edisi di PC. Standard Edition…
Penantian berakhir! Arcane Musim Kedua akan dilancarkan pada 9 November 2024, hanya di Netflix. Siri animasi yang memukau ini kembali dengan lebih banyak aksi dan drama mendalam dari dunia Runeterra. Peminat League of Legends kini boleh menyaksikan perkembangan selanjutnya bagi watak-watak ikonik seperti Vi dan Jinx. Sebagai sebahagian daripada sambutan pelancaran Arcane Musim Kedua, Ambessa Medarda akan menjadi watak baru yang boleh dimainkan dalam beberapa permainan Riot Games, termasuk League of Legends, Teamfight Tactics, Wild Rift, dan Legends of Runeterra. Ini akan memperluaskan lagi dunia permainan dan memberi pemain lebih banyak pilihan strategi dan aksi. Di League of Legends, pemain…