Setahun yang lepas, dua pengulas dari Malaysia (Desaifer & Matt) dipilih untuk menjadi pengulas rasmi oleh FIFA bagi kejohanan FIFAe Club World Cup 2021- Pusingan Akhir. Hafiz Sudin (Desaifer) ditugaskan untuk mengulas didalam bahasa Malaysia manakala Matthews Izzac (Matt) untuk bahasa Inggeris.


Melalui dari kiriman dari akaun Facebook Desaifer, beliau bersyukur dan berterima kasih pada pihak yang terlibat atas anugerah yang diterima beliau dan rakannya; Matt. Malaysia Book of Records menganugerahkan “The First Malaysian to Commentate at FIFAe Club World Cup 2021 by a Duo” atas pecapaian mereka berdua.
Kami di Arked ingin mengucapkan tahniah kepada Desaifer dan Matt atas pecapaian tersebut. Selain dari mereka berdua, ada beberapa individu dari kategori e-sukan yang pernah menerima anugerah dari Malaysia Book of Records seperti BiuBiu, Soloz, Wkyew dan Pasukan Yoodo Gank.