Setelah sekian lama, hari ini Blizzard Entertainment mengesahkan kehadiran Diablo 4 ke platform Sony PlayStation 4 dan 5, Xbox One dan Xbox Series X/S serta PC. Dan yang paling penting, setiap platform permainan ini tersedia akan menampilkan permainan silang (cross-play) untuk semua platform.
Tiada laluan tetap mesti diikuti dalam Diablo 4; pemain boleh memilih untuk maju dalam apa jua cara yang mereka mahu. Pengalaman terbuka ini berlanjutan ke akhir permainan, di mana pemain boleh menguji kemahiran mereka dalam Nightmare Dungeons, menikmati keganasan pertempuran dalam zon PvP khusus, membina Paragon Boards untuk terus memajukan dan menyesuaikan watak mereka melebihi tahap maksimum, dan terlibat dengan Tree of Whispers untuk membuka kunci objektif dan hadiah selanjutnya dan memperoleh peralatan Legendaris.
Mereka yang berminat untuk menyahut cabaran boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di https://diablo4.blizzard.com, di mana butiran lanjut tentang permainan akan dikongsi semasa pembangunan berlangsung.