International Esports Federation (IESF) mengumumkan kerjasama dengan Gamers8 dan Saudi Esports Federation (SEF), bersedia untuk memberikan pengalaman untuk atlet Asia. Perkongsian ini akan membentuk Gamers8 IESF Asian Championship yang pertama. Ianya boleh diperkatakan pusingan kelayakkan akhir Asia bagi ke IESF World Esports Championship Finals.
Kejohanan akan dimulai pusingan awal dalam talian (online) dari 1 hingga 16 Mei, diikuti dengan secara luar talian (offline) di Riyadh dari 10 hingga 17 Julai, sebagai sebahagian daripada Gamers8. Pemenang akan mara ke WE Championship Finals di Iaşi, Romania Ogos ini. Acara ini akan menampilkan enam permainan, termasuk PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, CS:GO, Dota 2, Tekken 7 dan eFootball.
Pihak Malaysia Esports Federation (MESF) juga telah pun mengumumkan siapakah wakil Malaysia yang akan bertanding di peringkat kelayakkan Asia nanti. Berikut adalah senarai pasukan/pemain yang akan mewakili negara bagi pusingan kelayakkan tersebut:
- CS:GO – Team Ongeh
- Dota 2 – Team For Fun
- Tekken 7 – FATE
- eFootball – T3_LOHAN
- PUBG Mobile – Team AE
- MLBB – Madness Esports
Kami tidak pasti jika kejohanan yang dianjurkan ini akan menerima sebahagian dari $45 juta USD yang ditawarkan bagi Festival Gamers8. Sekarang terdapat baki $18.5 juta USD daripada $45 juta USD yang ditawarkan dengan 8 Permainan telah diumumkan jumlah hadiah yang ditawarkan.