Close Menu
Arked MYArked MY
  • Arkib
  • Get In Touch
  • Our Authors
  • PMPLMY Fall 2023
  • Privacy Policy
  • Typography Elements
  • Utama
Search
Terkini Di Arked

FFWS SEA Dimansuhkan Mulai 2027: Liga Tempatan Jadi Pertaruhan Utama Slot Global Finals

13 Oct, 2026

Kuwait Diangkat Tuan Rumah Pertama Asian Esports and Mind Sports Games 2027

28 Sep, 2026

Hvad er ROFUS?

28 Sep, 2026
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
Facebook Instagram TikTok RSS
Facebook Instagram TikTok
Arked MYArked MY
Sunday, 18 Oct, 2026
Arked MYArked MY
Home»M6: Greater Than Ever – Kejohanan Dunia MLBB Gegar Kuala Lumpur Bulan Ini

M6: Greater Than Ever – Kejohanan Dunia MLBB Gegar Kuala Lumpur Bulan Ini

By 08 Nov, 2024No Comments2 Mins Read

MOONTON Games baru-baru ini mendedahkan Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 akan diadakan di Kuala Lumpur, menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah acara global yang ikonik ini. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari 21 November hingga 15 Disember dengan 23 pasukan terbaik dunia merebut gelaran tertinggi dan hadiah bernilai USD 1 juta.

Majlis pelancaran “M6 Unveiling: Greater Than Ever” diadakan di Spacerubix, disertai pihak kerajaan termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Integrated (ESI), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan MyCEB, serta dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Adam Adli yang menekankan kepesatan pembangunan esukan di Malaysia.

Undian M6 berlangsung secara langsung dalam acara “M6 Unveiling: Greater Than Ever,” di mana perlawanan bagi lapan pasukan dari Peringkat Wild Card (21-24 November) dan 15 pasukan dari Peringkat Utama (28 November-15 Disember) telah diumumkan, memberi mereka pandangan awal terhadap laluan yang perlu ditempuhi dalam kejohanan ini.

Dua pasukan tempatan, Selangor Red Giants dan Team Vamos, akan mewakili Malaysia setelah cemerlang di Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia Musim 14. Selangor Red Giants, juara MPL Malaysia, bakal berdepan S2G Esports dari Turki, manakala Team Vamos akan menentang Twisted Minds dari MENA pada pusingan awal Swiss Stage.

M6 akan merangkumi pelbagai acara tambahan, termasuk persembahan oleh Orkestra Kuala Lumpur semasa perlawanan akhir dan sebuah karnival keluarga di Axiata Arena dari 13 hingga 15 Disember. Selain itu, acara “M6LAYSIA MEMBARA” di Bukit Bintang pada 29 November hingga 1 Disember akan mempamerkan selebriti tempatan eperti Soloz, Alieff Irfan, Hairul Azreen Idris, dan Zizan Razak – akan menyerahkan obor menyala ke pedestal di Lot 10, mirip dengan Sukan Olimpik, meraikan sokongan untuk negeri masing-masing dalam suasana patriotik dan penuh semangat.

Peminat MLBB dari seluruh dunia kini bersiap untuk menyaksikan aksi epik M6 di ibu negara Malaysia.

Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleCall of Duty®: Mobile Mencapai Lebih 1 Bilion Muat Turun & Sambutan Ulang Tahun ke-5
Next Article Warzone Mobile Mengemas Kini Spesifikasi: Perlukan iOS 17 & Android 13 Ke Atas

Artikel Berkaitan

FFWS SEA Dimansuhkan Mulai 2027: Liga Tempatan Jadi Pertaruhan Utama Slot Global Finals

Kuwait Diangkat Tuan Rumah Pertama Asian Esports and Mind Sports Games 2027

Hvad er ROFUS?

Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

Stay In Touch
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Trending Now!

FFWS SEA Dimansuhkan Mulai 2027: Liga Tempatan Jadi Pertaruhan Utama Slot Global Finals

By 13 Oct, 20261 Min Read

Kejohanan Free Fire bakal memperkenalkan struktur kelayakan baharu bagi rantau Asia Tenggara bermula tahun 2027.…

Kuwait Diangkat Tuan Rumah Pertama Asian Esports and Mind Sports Games 2027

28 Sep, 2026

Hvad er ROFUS?

28 Sep, 2026

PUBG Mobile Light Bakal Tiba: Memori Lebih Kecil, Ciri Tetap Lengkap & Mesra Telefon Kentang

18 Aug, 2026

Esports World Cup Lancar Koleksi Kad Dagangan Rasmi, Membawa Tradisi Ikonik Sukan ke Dunia Esports

12 Aug, 2026
Arked MY
Facebook Instagram Discord TikTok
© 2026 ArkedMY. Handcrafted with Love ❤️ by Piratz.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.