Bandar yang cukup terkenal dikalangan pemain-pemain Valorant iaitu Split akan dibuang sebaik saja patch 5.0 dikemaskini. Perkara ini telah diumumkan oleh Joe “Pearl Hogbash” Lansford iaitu pereka bentuk peta bagi permainan Valorant.
Tarikh bagi kemaskini terbaru ini akan dibuat pada 22 Jun ini. Mesti ramai yang tertanya-tanya, adakah peta ini akan dikembalikan kedalam permainan Valorant kan ?
Riot Games tidak memutuskan dan tidak tetapkan lagi bila tarikh rasmi akan kembalinya semula peta Split ke dalam Valorant. Riot juga berkata akan ada beberapa perubahan besar ke atas peta Split.
Walau bagaimanapun, Riot Games akan menambah satu lagi peta yang baru iaitu Pearl dan akan diperkenalkan pada 12 Julai nanti. Peta ini juga akan ditambah ke Valorant Champions (VCT) bagi mengimbangi ketiadaan peta Split.
Peta ini dibina dibawah air dan ianya menjadikan peta ini sedikit unik berbanding peta yang sedia ada.
Baru-baru ini Riot Games baru-baru ini mengumumkan bahawa Valorant, League Of Legends dan banyak lagi akan datang ke Xbox Game Pass.