Seperti yang kami telah hebahkan sebelum ini, Gamers8 dan PUBG Mobile bekerjasama dengan membawakan PUBG Mobile World Invitational 2022 dengan hadiah terkumpul sebanyak 3 juta dolar Amerika. Sony Xperia akan menjadi rakan telefon pintar rasmi bagi kejohanan yang akan diadakan dari 11 hingga 20 Ogos 2022 nanti.


Bagi PMWI kali ini, ianya akan dijalankan didalam 2 format; Minggu 1 – Main Tournament dan Minggu 2 – After Party Showdown. Bagi Minggu 1, ianya akan disertai oleh 18 pasukan dari PMPL/PEL/PMPL/PMJL/BMPS dengan 2 juta dolar Amerika dipertaruhkan. Untuk PMPL MYSGPH, 4Rivals telah menerima jemputan bagi kejohanan tersebut.


Pada Minggu 2 pula, 12 pasukan akan bertarung untuk merebut 1 juta dolar Amerika dari hadiah yang ditawarkan. Hanya 5 pasukan terbaik dari PMWI 2022 Minggu 1 akan dijemput untuk menyertai Minggu 2 dan bakinya adalah dari kejohanan yang lain.


Selain dari PMWI 2022, PUBG Mobile juga mengumumkan dimana PUBG Mobile Global Championship (PMGC) akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 4 juta dolar Amerika.