Teknik atau helah “Jump+Punch” ialah salah satu cara yang paling berguna untuk mengejutkan musuh dalam PUBG Mobile, walaupun itu merupakan bug dalam permainan. Ianya akan menyebabkan pemain lawan tidak akan mendengari langkah atau pergerakkan pemain yang menggunakan teknik ini dan ia menjadikan mereka seperti didalam mod senyap. Helah ini sangat popular di kalangan pemain profesional yang beraksi didalam kejohanan PUBG Mobile.
Baru-baru ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa bug “Jump+Punch” akan diperbaiki dalam kemas kini yang akan datang. Di Game for Peace (salah satu versi PUBG Mobile untuk negara China) ianya dikatakan telah diperbaiki dan cara ini tidak lagi berkesan untuk digunakan. Seperti kebiasaan, jika ianya telah hadir untuk Game for Peace, ianya akan dimasukkan pada PUBG Mobile versi Global.
Kemas kini PUBG Mobile Versi 2.2 telah dilepaskan secara berfasa bermula hari ini. Anda boleh baca perubahan dan penambahan yang dilakukan pada versi 2.2 melalui pautan dibawah.