RedMagic telah mengumumkan bahawa RedMagic 8 Pro Titanium mereka akan tersedia secara rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkannya, anda perlu menunggu sehingga 4 April 2023 kerana akan mula dijual pada hari tersebut. Variasi baharu RedMagic 8 Pro iaitu Titanium ini tampil dengan rekaan panel lutsinar bersama konfigurasi 16GB RAM.
RedMagic juga membawa masuk RedMagic 4K Gaming Monitor ke pasaran Malaysia


Dari segi spesifikasi, variasi ini mengekalkan spesifikasi yang sama, dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM, 512GB storan dalaman, skrin 6.8-inci yang menyokong paparan 120Hz. Selain itu, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang 50MP + 8MP + 2MP, bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 65W. Spesifikasi lain yang ditawarkan pada siri RedMagic 8 Pro adalah seperti bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo, sistem penyejukan ICE 11.0 dan menjalankan RedMagic OS 6 berasaskan Android 13.


Dari segi harga, telefon pintar itu akan dijual pada harga RM4,299 dan ia boleh dibeli di kedai rasmi mereka di Shopee.
1 Comment
Pingback: Monitor Gaming 4K Baharu RedMagic Dipasarkan Di Malaysia Berharga RM 3,999 ‣ Arked MY