Dua hari yang lalu, Team Secret telah melepaskan Jay Lim Jarn Jiang atau lebih dikenali sebagai Y2K kerana kontrak beliau bersama pasukanya telah tamat.
Y2K sememangnya seorang individu yang paling penting bagi merancang dan juga memperkemaskan lagi corak permainan pasukkanya. Beliau juga berjaya membawa Team Secret menjuarai tempat pertama di PMPL SEA Musim ke 4 dan tempat ke 2 di PMPL MY/SG Musim ke 4.
Tiada analisis atau jurulatih yang baru buat masa ini, itulah yang diperkatakan oleh pengurus Team Secret ketika ditemubual oleh pihak Arked My.
Nampaknya Team Secret akan meneruskan perjalanan mereka di arena PUBGM tanpa seorang analisis dan juga tanpa bantuan jurulatih selepas ini.
Kami dipihak Arked My mengucapkan selamat maju jaya buat Team Secret dan juga Y2K.