Organisasi yang berpangkalan di India iaitu Enigma Gaming nampaknya lebih tertarik dengan pemain-pemain Malaysia dan juga Singapura. Mereka kini telah membentuk satu pasukan yang rata-rata pemain mereka berasal dari Malaysia dan Singapura.
Semalam Enigma Gaming telah mengumumkan barisan pemain baru mereka yang terdiri daripada
- Divine (Yeoh Chun Ting)
- FREY (Ingram Tan)
- STYRON (Tidus Goh)
- theDoctorr (Mathanraj Munisparan)
- xan


Mereka juga telah membuat debut pertama mereka di kejohanan VCT MYSG Split 1, namun nasib tidak menyebelahi apabila kekalahan yang mereka perolehi. Harini mereka bangkit semula dengan mendapatklan kemenangan bersih 2-0 keatas pasukan Team PATH.


Klik pautan dibawah untuk menyaksikan kejohanan VCT MYSG Split 1 berlangsung di
Twitch – http://twitch.tv/valorant_mysg
Youtube – https://youtube.com/@VALORANTEsportsMYSG/streams
Facebook – https://facebook.com/valorantesportsMYSG