Berita baik untuk komuniti gamers tempatan! Esports Integrated (ESI) dan KBS kini membuka pendaftaran MEL26 bermula 18 Julai hingga 18 Ogos ini. Edisi kali ini mensasarkan 12,000 pemain dari seluruh negara dengan tawaran hadiah wang tunai terkumpul RM246,500!


Tiga game utama yang dipertandingkan kali ini:
- Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)
- PUBG Mobile (PUBGM)
- eFootball Mobile
Info Penting Kejohanan:
- Kategori Terbuka (31 Ogos – 20 Sept): Kelayakan secara online mengikut 16 negeri/wilayah untuk cari 16 pasukan terbaik.
- Kategori Wanita (Bermula 14 Sept): Kelayakan online terbuka untuk game MLBB & PUBGM sahaja.
- Peringkat Akhir (2 Oktober): Bakal berlangsung secara bersemuka (offline) di ESI Hub, Spacerubix, Puchong.
Gamer yang nak tunjuk bakat dan kejar peluang ke peringkat lebih jauh, jangan lepaskan peluang ni! Daftar terus di www.esukan.gg sebelum pendaftaran ditutup!


