Satu sejarah baharu tercipta apabila Esports Foundation mengumumkan kerjasama rasmi dengan adidas bagi kejohanan sulung Esports Nations Cup (ENC) yang bakal berlangsung pada 2 November 2026 di Riyadh, Arab Saudi.


Melalui kerjasama ini, adidas bakal mereka bentuk jersi dan tracksuit khas untuk 2,000 atlet dan jurulatih daripada lebih 100 negara. Ini secara tidak langsung menyatukan elemen sukan tradisional dan esports di pentas dunia.
Reka bentuk jersi kebangsaan akan diumumkan tidak lama lagi. Peminat boleh ikuti perkembangan terkini di esportsnationscup.com/jerseys atau media sosial rasmi ENC!


