Ada berita gempak buat semua peminat tegar game Garena Free Fire! Garena Online Private Limited dan gergasi hiburan Jepun, KADOKAWA CORPORATION, baru sahaja mengumumkan projek gabungan mereka – anime rasmi Free Fire yang bertajuk Free Fire Daybreak! Anime aksi pertempuran berkuasa super ini dijadualkan menemui peminat di seluruh dunia (termasuk Jepun) menjelang Musim Bunga 2027 nanti.
Apa Yang Menarik Pasal ‘Free Fire Daybreak’?
Mengambil latar belakang di bandar futuristik bernama New Dawn, anime ini menceritakan kisah Kelly, seorang remaja 16 tahun yang hilang ingatan. Kehidupannya berubah secara drastik apabila dia terlibat dalam eksperimen misteri “Project Bloom” oleh Horizon Corporation dan membangkitkan kuasa istimewa bernama Limit Break.
Bersama rakan-rakan seperjuangannya seperti Hayato dan Moco, Kelly perlu membongkar konspirasi gelap di sebalik Horizon Corporation demi menyelamatkan masa depan bandar mereka.
Info Penting & Sisi Belakang Tabir:
Poster Visual & Trailer: Poster key visual rasmi sudah pun ditayangkan, memperlihatkan rupa Kelly, Hayato, dan Moco. Paling best, trailer promosi rasmi anime ini akan dikeluarkan minggu ini di YouTube!
Studio Animasi: Dihasilkan oleh studio CANDYBOX.
Pasangan Pengarah & Skrip: Diarahkan oleh Ken Takahashi, manakala susunan siri & skrip ditangani oleh Hotaru Asafuji. Muzik pulak digubah oleh Kouji Fujimoto.
Korang yang selalu Booyah! dalam game tu, jangan lupa untuk simpan tarikh dan nantikan kemunculan anime ni!


