Pemain profesional Counter Strike : Go (CSGO) dari Malaysia yang menyertai pasukan Rare Atom iaitu KAZE memuat naik satu perkongsian di laman twitter miliknya berkenaan beliau tersangkut di Turki selepas menyertai kejohanan ESL Challenger Valencia 2022.
Kronologi kejadian, “Kaze dari Malaysia ke Spain untuk menghadiri kejohanan ESL Challenger Valencia 2022, dan selepas habis tournament di Spain dia terbang ke Serbia disebabkan ada bootcamp di sana. Tetapi dia (kaze) tidak lepas masuk ke Serbia semasa transit di Turki.” – Ujar Saudara Tarmizi ketika di soal.
Beberapa individu dari Malaysia telah terlibat bagi menyelesaikan masalah ini antaranya ialah Pengurus pasukan Gagak iaitu saudara Tarmizi, Kelvin Pang, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker (Timbalan Menteri Belia dan sukan), Dato’ Saifuddin Abdullah (Menteri Luar Negara) dan beberapa individu lain yang terlibat.
Mengikut maklumat yang kami terima, Kaze mempunyai masalah Visa untuk meneruskan perjalanan ke Serbia dan Pihak TurkishAirlines merampas passport milik kaze bagi tujuan keselamatan. Dan pihak pengurusan Rare Atom akan menyelesaikan masalah itu segera kerana Kaze perlu hadir ke Bootcamp di Serbia bagi persiapan kejohanan yang akan datang.
Selepas beberapa jam terkandas di lapangan terbang Turki, akhirnya Kaze berjaya di hantar pulang ke Malaysia. Beliau hanya akan terbang ke sana semula selepas masalah visa selesai.