Jika sebut berkaitan pengurusan pasukan pasti akan dikaitkan dengan lelaki, tetapi kali ini kita ubah sedikit persepsi masyarakat bahawa wanita juga sebenarnya mampu menjaga pasukan esukan yang 100% adalah lelaki. Dunia permodenan sekarang apa sahaja yang lelaki mampu buat, pasti kaum hawa ini juga mampu melakukannya juga. Tabah NSEA terpaksa mencari pengganti sementara Pengurus pasukan mereka yang sebelum ini di galas oleh Mohd Farizal Khairuddin atau lebih dikenali sebagai Heaven dalam kalangan komuniti esukan. Heaven mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu bagi menyelesaikan masalah kesihatan ibu beliau. Tetapi menurut pihak NSEA, Heaven masih membantu dari sudut berkaitan pengurusan.
Mari kita kenali serba sedikit insan yang garang tapi berwajah ayu bergelar Pengurus Pasukan Tabah NSEA ini. Nurbatrisyia Binti AB Malek atau lebih dikenali sebagai Trisyz/Bat di kalangan peminat NSEA (Kakak NSEA). Membesar bersama 3 adik beradik lelaki mungkin memberikan kelebihan kepada beliau untuk tampak yakin menerima tawaran menjadi pengurus pasukan Tabah NSEA. Beliau bukan sahaja menetap di Seremban tetapi sememangnya anak jati Negeri Sembilan. Walaupun masih berusia lingkungan 23 Tahun, tetapi semangat yang beliau tonjolkan semasa menggalas tugas tidak boleh dipertikaikan.
Seperti tajuk di atas, beliau menyertai NSEA pada awalnya sebagai pelatih Internship di bahagian Marketing NSEA sahaja. Beliau bakal menghabiskan Degree In Marketing tidak lama lagi. Selain bergiat aktif di dalam arena esukan, bat juga bergiat aktif di dalam Majlis Belia Negeri Sembilan yang turut di sertai oleh Pemilik pasukan NSEA.
Nervous, excited, takut dan bangga atas banyak faktor. Pada mulanya rasa tak yakin juga sebab esports adalah satu bidang yang bagi saya hanya community gaming saja yang acknowledge. Bagi saya susah untuk saya build branding melainkan performance player dapat membantu. alhamdulillah beberapa bulan selepas tu, mereka layak ke sea games dan buktikan kemampuan mereka, jadi untuk build branding alhamdulillah ada kemajuan. Dari segi pihak management, tidak dinafikan team management dan production adalah sangat2 hebat. Dari part design, video editing, production, admin dll. Semua sangat professional bila berkaitan kerja. Saya cerewet orangnya, sangat cerewat dan cepat marah hahahaha. Tapi cerewet untuk kebaikan outcome yang setanding branding yang boss request. So far bagi saya NSEA banyak bantu dalam career development. Cuma ramai je yang tak tahu. Untuk jadi manager pmpl season ni, saya pun tak berapa pasti pada mulanya, tapi disebabkan amanah yang perlu dipikul, saya akur sahaja. Tak sangka pula saya adalah wanita pertama yang berjaya sertai dalam bahagian management NSEA seperti yang dinyatakan oleh boss. Jadi kat situ bagi saya dah pressure sebab stereotype wanita dalam esports pun banyak. jadi saya akan buat sehabis baik untuk NSEA dan diri saya sendiri.
Nurbatrisyia Binti AB Malek
Mesti anda semua nak tahu apakah peranan yang kakak NSEA ni galas sebelum dia layak menjadi Pengurus. Serba sedikit antara tugasan yang beliau di amanahkan ialah menjaga dan memastikan sosial media NSEA aktif sentiasa, Public Relations jika ada keperluan dan memastikan produk NSEA ini lebih dikenali ramai.
Ketika Tabah NSEA berada di Vietnam bagi menghadiri kejohanan sukan SEA 31, beliau juga sebenarnya diterbangkan kesana kerana menjadi pencipta kandungan bagi merakam aktiviti pemain Tabah NSEA di sana.
Jadi kepada wanita di luar sana, jangan takut untuk mencuba perkara yang baru. Lagi-lagi perkara yang sinonim dengan tugas lelaki. Esukan kini bukan sahaja industri bermain video game sahaja, lebih banyak cabang pekerjaan telah wujud sejak 2018 lagi. Kejayaan demi kejayaan telah ditempa oleh wanita di luar sana. Jadi adakah anda seterusnya?