Musim ketiga Corporates League telah kembali menemui peminat. Jika di luar sana anda boleh mewakili Sekolah ataupun Universiti/Kolej, tetapi kelainan yang dibawakan oleh The Gaming Company ini anda juga mampu mewakili syarikat anda bagi kejohanan yang menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM 40, 000.
Kejohanan ini juga telah menarik beberapa syarikat besar untuk menyertai antaranya Petronas, Shell, Bank Negara Malaysia dan banyak lagi. Musim ketiga ini mereka menawarkan 4 permainan video. PUBG Mobile, MLBB, Valorant dan Dota 2.
Menurut pihak The Gaming Company kejohanan ini diwujudkan kerana ingin mengubah suasana persekitaran di syarikat tempat anda berkerja. Kejohanan ini juga boleh merapatkan/memperbaiki lagi hubungan baik di antara rakan sekerja dan juga orang atasan serta menambah kenalan diantara syarikat yang menyertainya.
Format Kejohanan.
Berikut ialah ruangan kotak pendaftaran mengikut kategori yang anda berminat.