Jurulatih pasukan Red Esports, Sora Payung secara rasmi diumumkan telah meninggalkan pasukan bermula hari ini (24 Ogos 2022). Tiada maklumat lanjut berkaitan mengapa beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri ketika Liga MPL MY musim ke 10 ini masih berbaki 4 minggu. Ada juga yang mengatakan beliau mengundurkan diri kerana masalah disiplin pasukan tetapi ia hanya spekulasi, sama – sama kita nantikan penjelasan dari beliau dan juga pihak Red Esports.
Ketika ini pasukan Red Esports menduduki tempat ke 4 di dalam saingan kumpulan B dengan pungutan sebanyak 6 mata.