Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari secara luar talian ini telah secara rasmi melabuhkan tirainya malam tadi. Walaupun ini adalah musim kedua, tetapi sambutan kejohanan ini telah mendapat sambutan yang menakjubkan. Menurut pihak KBS, ini bukanlah pengakhiran tetapi akan ada sambungan bagi musim seterusnya tidak lama lagi dan format kejohanan ini akan di tambah baik bagi melahirkan lebih ramai lagi bakat-bakat baru wanita yang mampu bersaing di pentas utama PMPL MYSGPH. Kejohanan ini berlangsung di PitStop HomeBois, Petaling Jaya, Selangor pada 24-25 September 2022.
Kejohanan ini juga turut di hadiri Menteri Belia Dan Sukan Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Haji Azumu dan Presiden MESF Dato’ Ananth S.Nathan. Mereka juga berkesempatan menyampai hadiah kepada barisan pemenang bagi kejohanan KBS MyLadies PUBGM 2.0.
Kategori individu telah dimenangi oleh pemain dari pasukan AI Huntress iaitu Myra, beliau akan membawa pulang ganjaran wang tunai bernilai RM 1,500 manakala rakan seperjuangan EmmaPro hanya mampu menamatkan kejohanan di tempat ke 3.
Bagi kategori berpasukan pula telah dimenangi oleh Rage Unleashed Sassy yang berjaya memintas beberapa pasukan pada 2 peta terakhir untuk mengesahkan tempat mereka sebagai juara KBS MyLadies 2.0. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 7,900 dan menjadi pasukan jemputan di kejohanan Hari Sukan Negara 2022 kategori Esukan yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini secara luar talian di Putrajaya. Untuk keputusan penuh anda boleh ke pautan dibawah
Jika ada sumur diladang boleh kami menumpang mandi, jika umur yang panjang kita berjumpa lagi. Gambar ini bercampur bersama kejohanan Dominate Southern 3.0 yang berlangsung pada waktu yang sama KBS My Ladies 2.0 berlangsung.