Ubisoft secara rasmi telah menangguhkan pelancaran ‘Assassin’s Creed Shadows’, yang pada asalnya dijadualkan keluar pada 15 November 2024. Permainan ini menjadi tumpuan peminat kerana akhirnya memenuhi permintaan lama mereka – siri utama Assassin’s Creed yang berlatarkan Jepun Feudal. Acara khas yang sepatutnya berlangsung di Tokyo Game Show 2024 pada 26 September, di mana Ubisoft merancang untuk mempamerkan Assassin’s Creed Shadows, telah dibatalkan secara mengejut tanpa penjelasan lanjut, hanya mengatakan memerlukan lebih masa untuk perbaiki permainan tersebut.
Menurut kenyataan rasmi Ubisoft, tarikh pelancaran baharu ialah pada 14 Februari 2025, ditunda selama tiga bulan. Ubisoft menyatakan keputusan ini dibuat “demi kepentingan permainan itu sendiri”, menunjukkan bahawa ia memerlukan lebih banyak masa untuk memperhalusi dan mencapai harapan Ubisoft serta peminat. Selain itu, Assassin’s Creed Shadows juga akan dilancarkan di Steam, yang versi sebelum ini hanya diterbitkan di Epic Games Store dan Ubisoft Connect.
Menariknya, Ubisoft turut mengumumkan bahawa kesemua wang pra-tempah akan dipulangkan kepada semua pelanggan. Sebagai ganti rugi, sesiapa yang membuat pra-tempah pada masa hadapan akan menerima penambahan pertama permainan ini secara percuma.